Kedutaan Rusia Kecewa Hasil Laporan Akhir Tragedi MH17

Kedutaan Rusia di sini menolak hasil laporan akhir siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang diumumkan baru-baru ini.

Tragedi MH17 di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Kedutaan Rusia di sini menolak hasil laporan akhir siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang diumumkan baru-baru ini.

Duta Rusia ke Malaysia, Valery N. Yermolov pada sidang media di pejabatnya di sini pagi Khamis menyuarakan kekecewaan berikutan banyak persoalan yang masih tidak dijawab dalam laporan itu.

Menurut beliau, Rusia tidak terlibat dalam nahas pesawat MH17 walaupun dikatakan menggunakan peluru berpandu BUK buatan negara itu kerana ia bukan lagi pemiliknya sejak 2011.

"Peluru berpandu yang digunakan untuk menembak jatuh MH17 tidak lagi digunakan Rusia dan dilupuskan sejak 2011.

"Peluru yang sama masih digunakan oleh tentera Ukraine dan tentera dalam Kesatuan Soviet lain," katanya.

Pada Selasa lalu, Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) dalam laporan akhir siasatannya mengesahkan MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK.

Mengulas lanjut, Yermolov berkata, pakar-pakar Rusia belum dapat memeriksa laporan siasatan teknikal nahas MH17.

Beliau turut mendakwa laporan itu tidak telus dan dilakukan DSB secara sulit.

"Kami berulang kali menyuarakan keraguan tentang bagaimana siasatan dijalankan. Malangnya, hingga akhir situasi itu tidak berubah," katanya.

Dalam pada itu, Yermolov berkata, Rusia akan terus bekerjasama dengan Malaysia dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) demi mendapatkan keadilan.

"Bukan sahaja dengan Malaysia tetapi juga negara-negara yang terlibat bagi mendapatkan jawapan berhubung nahas MH17," katanya.

Tragedi MH17 di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia, lapor mStar.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kedutaan Rusia Kecewa Hasil Laporan Akhir Tragedi MH17
Kedutaan Rusia Kecewa Hasil Laporan Akhir Tragedi MH17
Kedutaan Rusia di sini menolak hasil laporan akhir siasatan berhubung tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang diumumkan baru-baru ini.
http://2.bp.blogspot.com/-VAtq6mtLE9o/Vh9Y0JDE_SI/AAAAAAAACq0/UHHFdbD85Oo/s640/mh17-crash.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-VAtq6mtLE9o/Vh9Y0JDE_SI/AAAAAAAACq0/UHHFdbD85Oo/s72-c/mh17-crash.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/kedutaan-rusia-kecewa-hasil-laporan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/kedutaan-rusia-kecewa-hasil-laporan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy