Kamera ANPR Bakal Diguna Kesan Pesalah Trafik Miliki Saman Tertunggak

Kamera yang dilengkapi sistem pengesanan nombor plat automatik (ANPR), bakal digunakan bagi mengesan pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertungggak.

Kamera yang dilengkapi sistem pengesanan nombor plat automatik (ANPR), bakal digunakan bagi mengesan pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertungggak. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR - Kamera yang dilengkapi sistem pengesanan nombor plat automatik (ANPR), bakal digunakan bagi mengesan pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertungggak.

Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, dalam masa tempoh dua bulan akan datang, kamera tersebut akan dipasang pada kereta polis bagi mengesan pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertunggak melalui nombor pendaftaran.

“Apabila kenderaan melalui sesuatu kawasan, kamera akan merakam imej nombor plat dan menghantarnya terus ke pengkalan data polis.

“Jika nombor plat itu didapati mempunyai sebarang saman tertunggak, maka sistem ini akan dapat mengesan dan seterusnya pihak kami dapat membuat tangkapan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman semalam.

Tambahnya lagi, ini adalah salah satu langkah yang diambil oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengurangkan angka saman tertunggak yang masih belum diselesaikan.

Dalam perkembangan lain, beliau turut berkongsi laporan Kajian Suku Ketiga tahun 2015 yang menunjukan statistik kemalangan maut membabitkan penunggang motorsikal masih ditahap membimbangkan dengan jumlah 3,223 pada tahun 2014 dan 3,098 pada tahun 2015.

Manakala negeri Kedah pula mencatatkan peratus kemalangan tertinggi sebanyak 16,402 berbanding 15,188 pada tahun 2014.

Pada sidang media yang dijalankan, beliau pada masa yang sama telah menyerahkan tugas kepada bekas Timbalan Penolong Kanan Pesurujaya baru, Akhir Darus manakala Penolong Pesurujaya kini dipegang oleh Ruslan Khalid, memetik laporan The Rakyat Post.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kamera ANPR Bakal Diguna Kesan Pesalah Trafik Miliki Saman Tertunggak
Kamera ANPR Bakal Diguna Kesan Pesalah Trafik Miliki Saman Tertunggak
Kamera yang dilengkapi sistem pengesanan nombor plat automatik (ANPR), bakal digunakan bagi mengesan pemilik kenderaan yang mempunyai saman tertungggak.
http://4.bp.blogspot.com/-1tVDOS1FvJM/VhPYwFy3q1I/AAAAAAAACmM/wGf2swjDnMY/s640/saman.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-1tVDOS1FvJM/VhPYwFy3q1I/AAAAAAAACmM/wGf2swjDnMY/s72-c/saman.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/kamera-anpr-bakal-diguna-kesan-pesalah.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/kamera-anpr-bakal-diguna-kesan-pesalah.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy