Justo Rayu Ringankan Hukuman

Xavier Andre Justo mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara tiga tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi).

Xavier Andre Justo mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara tiga tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan. - Gambar Fail

BANGKOK - Xavier Andre Justo mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara tiga tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi).

Peguam baharu warga Switzerland itu, Worasit Piriyawiboon memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu dengan dokumen sokongan setebal 59 muka surat, hanya dua hari sebelum tamat tempoh rayuan.

Antara alasan rayuan untuk meringankan tempoh hukuman ialah Justo tidak mengubah suai dokumen-dokumen yang diperoleh daripada PetroSaudi dan ia merupakan kesalahan pertamanya.

Worasit berkata sebarang kerosakan kepada imej Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana akvitivi pihak ketiga yang mengubah suai salinan dokumen-dokumen yang mereka terima daripada Justo.

"Mereka yang mengubah suai maklumat perlu mengambil tanggungjawab dan menghadapi tindakan undang-undang," katanya kepada Bernama selepas memfailkan permohonan rayuan di sini.

Memandangkan kesalahan pertama, katanya, Justo tidak seharusnya menjalanani hukuman berat dan sebaliknya memadai dengan hukuman ringan.

"Ia seharusnya hukuman penjara enam bulan atau setahun atau hukuman bersyarat atau hanya dikenakan denda," katanya.

Worasit berkata tempoh rayuan biasa adalah 30 hari tetapi Justo diberi masa tambahan 30 hari bagi membolehkan beliau sebagai peguam baharu masa untuk menyediakan dokumen-dokumen untuk permohonan rayuan itu.

Sebelum ini, pasukan pembelaan Justo diketuai Pranot Kalanuson.

Mengenai Justo, Worasit berkata anak guamnya telah menyesuaikan diri dalam persekitaran semasa.

"Saya melawatnya di penjara setiap minggu...sudah empat 4 atau lima kali sekarang. Justo kata dia sihat dan mempunyai banyak kawan dan mereka memahami dia serta seorang yang disenangi," katanya.

Justo, 49, ditahan di rumahnya pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand pada 22 Jun selepas pegawai PetroSaudi membuat aduan bahawa lelaki itu cuba memeras ugut syarikat itu sebanyak 2.5 juta Swiss francs (RM11 juta) dengan menggunakan dokumen-dokumen yang dicuri daripada syarikat itu.

Kes Justo menjadi tumpuan di Malaysia berikutan kerjasama pernah dijalinkan antara PetroSaudi dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor mStar.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Justo Rayu Ringankan Hukuman
Justo Rayu Ringankan Hukuman
Xavier Andre Justo mengemukakan rayuan terhadap hukuman penjara tiga tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan pada 17 Ogos lepas kerana memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi).
http://4.bp.blogspot.com/-GriY_V_NXos/Vh5uAJkw4AI/AAAAAAAACqE/MmqTJ_bv2bA/s640/justo.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-GriY_V_NXos/Vh5uAJkw4AI/AAAAAAAACqE/MmqTJ_bv2bA/s72-c/justo.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/justo-rayu-ringankan-hukuman.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/justo-rayu-ringankan-hukuman.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy