Jerebu: Sekolah Ditutup Lagi Esok

Semua sekolah di beberapa negeri yang diarahkan tutup pada Isnin akan terus ditutup pada Selasa berikutan tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan tersebut masih berada pada tahap tidak sihat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Tawau di Sabah, Kuching dan Samarahan di Sarawak akan terus ditutup pada Selasa. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di beberapa negeri yang diarahkan tutup pada Isnin akan terus ditutup pada Selasa berikutan tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan tersebut masih berada pada tahap tidak sihat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Selangor, Kuala Lumpur, Tawau di Sabah, Kuching dan Samarahan di Sarawak akan terus ditutup pada Selasa.

Pada masa sama, katanya, sekolah di Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah serta Muar, Ledang dan Segamat di Johor turut diarahkan tutup pada Selasa.

"Berdasarkan pemantau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga pukul 1 petang hari ini (Isnin), didapati tahap bacaan IPU bagi kebanyakan kawasan tersebut masih berada pada tahap tidak sihat.

"Beberapa kawasan dan daerah lain juga didapati menunjukkan trend peningkatan pada bacaan IPU," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata penutupan tersebut akan melibatkan kira-kira 3,029 sekolah dan seramai 1,909,842 murid di negeri dan daerah yang terjejas.

"Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing berhubung penutupan ini dengan kadar segera," katanya.

Mahdzir berkata pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara hendaklah sentiasa memantau bacaan IPU yang dikeluarkan pihak berwajid dari semasa ke semasa.

"Sekiranya berlaku peningkatan tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang ditetapkan KPM," katanya, lapor mStar.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Jerebu: Sekolah Ditutup Lagi Esok
Jerebu: Sekolah Ditutup Lagi Esok
Semua sekolah di beberapa negeri yang diarahkan tutup pada Isnin akan terus ditutup pada Selasa berikutan tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan tersebut masih berada pada tahap tidak sihat.
http://4.bp.blogspot.com/-HciM2U3ZISU/ViTyXnA5UFI/AAAAAAAACsY/IQQGa7QsrrQ/s640/sekolah%2Btutp.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-HciM2U3ZISU/ViTyXnA5UFI/AAAAAAAACsY/IQQGa7QsrrQ/s72-c/sekolah%2Btutp.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/jerebu-sekolah-ditutup-lagi-esok.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/jerebu-sekolah-ditutup-lagi-esok.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy