Jenayah Syariah - Hukuman Lebih Berat Menanti

Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan kajian kesalahan syariah di negeri ini.

Jaim mencatatkan penurunan dalam kes tangkapan khalwat di daerah Melaka Tengah sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. - Gambar Fail
MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan kajian kesalahan syariah di negeri ini.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasanya, Rahimin Bani berkata, ia dalam usaha meminda Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pesalah jenayah syariah.

Beliau berkata, ini termasuk kesalahan berjudi dan meminum arak bagi memungkinkan hukuman sebat sebagaimana dilaksanakan di negeri lain turut dijalankan di negeri ini.

“Jawatankuasa ini akan mengambil kira dan merujuk perundangan yang digunapakai di negeri-negeri lain bagi membolehkan hukuman sedia ada diperketatkan.

“Ini adalah penting demi memberi pengajaran kepada umum (orang Islam) supaya mereka tidak memandang ringan atau memperlekehkan undang-undang syariah,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Rahimin berkata, Jaim mencatatkan penurunan dalam kes tangkapan khalwat di daerah Melaka Tengah sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Dalam tempoh itu, katanya, sejumlah 377 tangkapan khalwat direkodkan, menurun dari 507 dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, golongan berusia antara 21 dan 24 merupakan mereka paling ramai ditahan iaitu seramai 112 orang, juga menurun dari 134 orang yang ditahan dalam tempoh sama tahun lalu.

“Bagaimanapun, penahanan mereka yang berusia antara 25 dan 50 menunjukkan peningkatan di mana sejumlah 106 orang ditahan dalam sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 100 pesalah tahun lalu,” katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Jenayah Syariah - Hukuman Lebih Berat Menanti
Jenayah Syariah - Hukuman Lebih Berat Menanti
Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan kajian kesalahan syariah di negeri ini.
http://3.bp.blogspot.com/-nMtNmBuZmRI/Vh5xZW_zpvI/AAAAAAAACqQ/WDrMMAEsgcI/s640/jaim%2Bmelaka.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-nMtNmBuZmRI/Vh5xZW_zpvI/AAAAAAAACqQ/WDrMMAEsgcI/s72-c/jaim%2Bmelaka.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/jenayah-syariah-hukuman-lebih-berat.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/jenayah-syariah-hukuman-lebih-berat.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy