“Jangan mengajar saya cara bekerja, dia fikir siapa dia?” - Idris Haron

Datuk Seri Idris Haron mengecam bekas tentera, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju kerana cuba untuk menggagalkan matlamat kerajaan negeri meneruskan warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam menegakkan keharmonian kaum.

“Pendirian saya adalah jelas bahawa orang yang mempunyai ‘niat tidak baik’ tak perlu dilayan di negeri bersejarah dan harmoni ini,” tegas Ketua Menteri Melaka. - Gambar Fail

MELAKA – Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengecam bekas tentera, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju kerana cuba untuk menggagalkan matlamat kerajaan negeri meneruskan warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam menegakkan keharmonian kaum.

“Tiada nilai untuk menyebut namanya dan memberikan dia publisiti yang tidak perlu hingga memberikannya ruang untuk terus mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal. Lebih baik tidak berikan dia ruang di media.

“Pendirian saya adalah jelas bahawa orang yang mempunyai ‘niat tidak baik’ tak perlu dilayan di negeri bersejarah dan harmoni ini,” katanya ketika dihubungi pada Rabu malam.

Idris berkata beliau bekerja keras untuk menjadikan Melaka sebuah negeri yang progresif.

Tegasnya rakyat harus menikmati hasil kemakmuran negeri tanpa diganggu oleh sesiapa sahaja yang mempunyai niat jahat.

“Saya boleh memberi jaminan bahawa semua rakyat Melaka adalah selamat dan tiada siapa boleh mengancam atau menyakiti mereka ketika saya menerajui negeri ini sebagai Ketua Menteri.

“Saya tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk merampas perpaduan rakyat yang begitu tinggi sejak dahulu lagi,” katanya.

Idris berkata Melaka telah menjadi tumpuan pelbagai budaya selama berabad-abad dan ia akan terus berkembang maju.

“Kami menghormati antara satu sama lain selama bertahun-tahun dan mereka yang mempunyai niat jahat tidak dialu-alukan di sini,” katanya.

Mohd Ali merancang untuk mengadakan perhimpunan bagi mempertahankan pegawai imigresen yang diserang sekumpulan samseng di Melaka baru-baru ini.

Selain itu Idris menegur Mohd Ali supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Melaka.

“Jangan mengajar saya cara bekerja, dia fikir siapa dia?” katanya.

Menurut Idris lagi beliau mengetahui mengenai sebarang perkembangan yang berlaku di negeri ini dan tahu untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut keadaan.

“Saya membina hubungan yang baik dengan akar umbi melalui persahabatan dan kepercayaan. Setiap perkembangan sama ada baik atau buruk, telah dibawa ke perhatian saya.

“Saya juga yakin dengan polis Melaka dalam mengendalikan sebarang isu,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Abu Bakar Sidek Hassan mengingatkan Mohd Ali supaya tidak menggunakan insiden pada 30 September lalu sebagai alasan untuk mengadakan perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini, lapor mStar Online.



COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: “Jangan mengajar saya cara bekerja, dia fikir siapa dia?” - Idris Haron
“Jangan mengajar saya cara bekerja, dia fikir siapa dia?” - Idris Haron
Datuk Seri Idris Haron mengecam bekas tentera, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju kerana cuba untuk menggagalkan matlamat kerajaan negeri meneruskan warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam menegakkan keharmonian kaum.
http://2.bp.blogspot.com/-t_0xkMKDM_g/VhYIcEX7qbI/AAAAAAAACoQ/lQggcRcfsUI/s640/Datuk%2BSeri%2BIdris%2BHaron.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-t_0xkMKDM_g/VhYIcEX7qbI/AAAAAAAACoQ/lQggcRcfsUI/s72-c/Datuk%2BSeri%2BIdris%2BHaron.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/jangan-mengajar-saya-cara-bekerja-dia.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/jangan-mengajar-saya-cara-bekerja-dia.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy