GLC Sudah Matang Berdepan Cabaran TPPA - Azman

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah matang serta mampu berdepan cabaran Perjanjian Pakatan Trans-Pasifik (TPPA), kata Khazanah Nasional Bhd.

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah matang serta mampu berdepan cabaran Perjanjian Pakatan Trans-Pasifik (TPPA). - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah matang serta mampu berdepan cabaran Perjanjian Pakatan Trans-Pasifik (TPPA), kata Khazanah Nasional Bhd.

Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar berkata tumpuan Khazanah sekarang bukanlah untuk melindungi GLC kerana syarikat-syarikat berkenaan telah berkembang kukuh hasil pelaksanaan Program Transformasi GLC sejak 10 tahun lepas.

"Kita sudah melepasi fasa melindungi GLC. Sebanyak 23 syarikat dalam Program Transformasi GLC telah melepasi fasa perlindungan dan syarikat-syarikat ini sudah mencapai prestasi baik sebagai satu kumpulan," katanya kepada wartawan  selepas majlis penutupan Forum Megatrend Khazanah 2015, di sini, pada Selasa.

Menurut Azman, Khazanah juga sentiasa menegaskan bahawa GLC adalah unit komersial yang beroperasi dengan model tadbir urus yang baik di samping membantu dari segi pembangunan.

Justeru, katanya GLC sememangnya mempunyai peranan dari segi komersial dan pembangunan.

"Saya percaya, apa saja pakatan yang akan dimeterai negara ini, apa yang penting adalah bagi GLC dan syarikat milik kerajaan memenuhi kriteria prestasi dengan meneruskan peranan pembangunannya," katanya.

Bagaimanapun, Azman berpendapat yang ia masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai TPPA kerana teks perjanjian itu perlu diteliti terlebih dahulu.

"Ini bergantung kepada teks akhir. Bagi saya ia masih terlalu awal untuk diulas kerana teks itu belum diperoleh lagi.

"Sepertimana semua pihak, kami masih menunggu teks itu dan menanti pengumuman oleh kerajaan," katanya.

Azman menegaskan, proses bagi memuktamadkan pemeteraian TPPA sudah ditetapkan kerajaan dan perkara itu akan dihuraikan serta dibahas di Parlimen kelak.

"Khazanah ada memberikan maklum balas...kami membuat analisis dan sebagainya," katanya.

Menurutnya, TPPA juga bergantung kepada keadaan kerana ada perkara yang membawa faedah kepada negara, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: GLC Sudah Matang Berdepan Cabaran TPPA - Azman
GLC Sudah Matang Berdepan Cabaran TPPA - Azman
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sudah matang serta mampu berdepan cabaran Perjanjian Pakatan Trans-Pasifik (TPPA), kata Khazanah Nasional Bhd.
http://1.bp.blogspot.com/-yvf0XOfLeq0/VhTp1VJCGXI/AAAAAAAACno/CjiVdDI3NdY/s640/Tan%2BSri%2BAzman%2BMokhtar.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-yvf0XOfLeq0/VhTp1VJCGXI/AAAAAAAACno/CjiVdDI3NdY/s72-c/Tan%2BSri%2BAzman%2BMokhtar.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/glc-sudah-matang-berdepan-cabaran-tppa.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/glc-sudah-matang-berdepan-cabaran-tppa.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy