10 Wakil Rakyat PAS Bakal Lompat Parti?

Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit ‘panas’ apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada Pas akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun depan.

Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit ‘panas’ apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada Pas akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun depan. - Gambar Fail

KOTA BHARU – Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit ‘panas’ apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada Pas akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun depan.

Isu berkenaan mula timbul selepas Pengerusi Harapan Baharu Mohamad Sabu melancarkan Amanah pada 31 Ogos lepas, dan isu itu terus dimainkan Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semasa melancarkan parti berkenaan di Kota Baharu, pada 11 September.

Bagaimanapun, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV menafikan dakwaan berkenaan dan berkata ia hanya strategi perang saraf pihak lawan, semata-mata untuk meraih sokongan pengundi.

Difahamkan, 10 wakil rakyat terbabit terdiri daripada tiga anggota Parlimen dan tujuh Adun dari negeri ini.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff menjangkakan 10 wakil rakyat Pas Kelantan akan menyertai Amanah selewat-lewatnya Januari depan tidak akan menjadi kenyataan kerana masih terikat dengan bai’ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dipersetujui mereka pada PRU13.

Ini kerana hampir semua alim ulama di Kelantan, termasuk Mufti Kelantan Datuk Muhamad Shukri Muhamad dan Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohammad, sepakat bahawa bai’ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan ke atas wakil rakyat Pas adalah sah, kata Kamarul Zaman.

“Sebaliknya, wakil rakyat Pas Kelantan yang keluar daripada Pas inilah yang akan terancam kerana besar kemungkinan mereka tidak lagi akan diterima oleh rakyat Kelantan jika mereka bertanding di atas tiket parti lain dalam pilihan raya umum akan datang.

“Jika wakil rakyat Pas Kelantan tetap keluar daripada Pas di sebalik bai’ah mereka ini, maka sudah tentu mereka akan menghadapi tekanan daripada masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.


Ditanya mengenai tindakan anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar yang menyertai Amanah dan PKR baru-baru ini, Kamarul Zaman berkata kedua-dua ahli Parlimen berkenaan tidak bimbang dipulaukan masyarakat setempat kerana mereka bukan berasal dari Kelantan.

“Saya melihat bahawa faktor penerimaan daripada masyarakat setempat menyebabkan sesuatu yang tidak begitu besar kebarangkaliannya untuk wakil rakyat Pas Kelantan yang menetap di Kelantan keluar daripada Pas.

“Selain itu, Kamarudin sendiri contohnya pernah beberapa kali bertanding di Tumpat di atas tiket BN tetapi tidak pernah menang sehinggalah beliau bertanding di atas tiket Pas, sekali gus menunjukkan kemenangan beliau bukanlah berpunca daripada populariti diri beliau tetapi oleh parti yang beliau wakili,” katanya.

Pas menguasai majoriti 32 kerusi Dun di Kelantan, diikuti BN dengan 12 kerusi, manakala PKR hanya mempunyai satu kerusi.

Kamarul Zaman berkata jika benar tujuh Adun Pas melompat parti dan menyertai Amanah, Pas Kelantan masih mampu berdiri dengan utuh dan mempunyai majoriti selesa.

“Jika pun 10 wakil rakyat Pas Kelantan, terutama tujuh Adunnya ini benar-benar keluar daripada Pas menjelang Januari ini ia tetap tidak akan mengganggu keutuhan Kerajaan Pas Kelantan kerana mereka masih tetap mempunyai majoriti yang selesa dalam Dun yang tidak memungkinkan ia akan tumbang.

“Pada masa yang sama, kemungkinan untuk tujuh Adun Pas Kelantan yang keluar daripada parti itu bergabung dengan wakil rakyat BN untuk cuba menumbangkan Kerajaan Pas Kelantan juga adalah terlalu kecil,” katanya, lapor Bernama.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: 10 Wakil Rakyat PAS Bakal Lompat Parti?
10 Wakil Rakyat PAS Bakal Lompat Parti?
Suasana politik di Kelantan ketika ini sedikit ‘panas’ apabila tersebar khabar angin kononnya 10 wakil rakyat daripada Pas akan melompat parti dan menyertai Parti Amanah Rakyat (Amanah) awal tahun depan.
http://4.bp.blogspot.com/-ysEGP-9FscA/VhYPc_w_wsI/AAAAAAAACoo/XYuqUUsRyJ8/s640/pas.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-ysEGP-9FscA/VhYPc_w_wsI/AAAAAAAACoo/XYuqUUsRyJ8/s72-c/pas.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/10/10-wakil-rakyat-pas-bakal-lompat-parti.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/10/10-wakil-rakyat-pas-bakal-lompat-parti.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy