Undangan Parti Liar Di Alor Gajah Guna WhatsApp

Sebuah banglo di sebuah pusat percutian di daerah ini menjadi tumpuan sekumpulan individu untuk mengadakan pesta liar pada malam hari kemerdekaan lalu.

ALOR GAJAH - Sebuah banglo di sebuah pusat percutian di daerah ini menjadi tumpuan sekumpulan individu untuk mengadakan pesta liar pada malam hari kemerdekaan lalu.

Individu terbabit bukan saja berasal dari negeri ini, malah negeri lain yang datang ke parti berkenaan berdasarkan undangan menerusi WhatsApp dan WeChat.

Bagaimanapun, kegiatan mereka terbongkar apabila sepasukan polis mengadakan serbuan di banglo berkenaan, kira-kira jam 2 pagi pada 31 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Mohamad Ismail Mohd Yusof berkata, hasil serbuan, polis menahan 26 daripada 41 ahli kumpulan yang sedang leka berpesta liar di banglo terbabit kerana didapati positif dadah.

Beliau berkata, kesemua berusia 19 hingga 31 tahun terdiri daripada 31 lelaki dan 10 wanita.

"Mereka datang dari pelbagai negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, merupakan pekerja swasta serta penganggur," katanya.

Menurutnya, polis juga menahan seorang lelaki yang memiliki dadah jenis ganja seberat empat gram dalam rumah persendirian itu yang dilengkapi lampu disko, pembesar suara, deejay serta alat pemutar muzik.

“Hasil saringan air kencing, kita dapati 21 lelaki dan empat wanita yang berada di rumah tersebut positif dadah.

“Siasatan awal mendapati mereka tertarik menyertai pesta liar tersebut kerana tidak dikenakan sebarang bayaran," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, semalam.

Mohamad Ismail berkata, kesemua yang ditahan dibawa ke IPD Alor Gajah untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, dalam perkembangan lain,  katanya, seorang pemandu lori berusia 41 tahun ditahan dalam serbuan di rumah ibunya, Sabtu lalu, kerana terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah.

dalam operasi kira-kira jam 11.30 malam itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPD Alor Gajah merampas ganja dianggarkan bernilai RM10,000, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Undangan Parti Liar Di Alor Gajah Guna WhatsApp
Undangan Parti Liar Di Alor Gajah Guna WhatsApp
Sebuah banglo di sebuah pusat percutian di daerah ini menjadi tumpuan sekumpulan individu untuk mengadakan pesta liar pada malam hari kemerdekaan lalu.
http://4.bp.blogspot.com/-j9c2uv7SJXU/VejkbhzyiJI/AAAAAAAAHmo/zayK_6U8bTs/s320/parti%2Bliau.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-j9c2uv7SJXU/VejkbhzyiJI/AAAAAAAAHmo/zayK_6U8bTs/s72-c/parti%2Bliau.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/undangan-parti-liar-di-alor-gajah-guna.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/undangan-parti-liar-di-alor-gajah-guna.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy