Tragedi Kren Runtuh - Identiti 8 Jemaah Malaysia Dikenal Pasti

Identiti lapan orang jemaah haji Malaysia yang sebelum ini tidak dapat dikesan berikutan tragedi kemalangan runtuhan kren di Masjidilharam di Mekah pada petang Jumaat, telah dikenal pasti.

KUALA LUMPUR - Identiti lapan orang jemaah haji Malaysia yang sebelum ini tidak dapat dikesan berikutan tragedi kemalangan runtuhan kren di Masjidilharam di Mekah pada petang Jumaat, telah dikenal pasti.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini berkata Tabung Haji telah pun memaklumkan perkara ini kepada waris-waris di tanah air.


Dalam kenyataan yang sama, beliau turut menyatakan sebarang perkembangan mengenai kelapan-lapan jemaah haji ini akan dimaklumkan terus kepada waris mereka.

"Sepertimana dilaporkan sebelum ini, seramai enam orang Jemaah Haji Malaysia yang masih belum dapat di kesan. 

"Pada semakan ke dua yang telah dijalankan di maktab-maktab dan telah selesai pada jam 10.00 pagi waktu Saudi (3 petang waktu Malaysia) didapati dua lagi jemaah masih hilang, menjadikan jumlah keseluruhannya lapan orang jemaah iaitu tiga orang lelaki dan lima  orang wanita," tambah Syed Saleh.

Berikut adalah senarai nama lapan jemaah haji yang tidak dapat dikesan sejak tragedi kemalangan tren jatuh di Masjidilharam, Mekah pada petang semalam: 

1) Abdul Habib Lahman (68 tahun), Sik, Kedah

2) Shahidan Saad (52 tahun), Kodiang, Kedah

3) Zainun Taha (69 tahun), Ampang, Selangor

4) Rohana Ismail (54 tahun), Kuala Krai, Kelantan

5) Munah Jusoh ( 73 tahun), Cherang Ruku, Kelantan

6) Siti Nurolshlizan Zolkifli (37 tahun), Tanah Merah, Kelantan

7) Abdul Muluk Ishak (71 Tahun), Pantai Remis, Perak

8) Rusiah Suar (56 Tahun), Sungkai, Perak

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam satu sidang media khas Tabung Haji pagi tadi berkata dua jemaah lelaki dan empat jemaah wanita Malaysia tidak dapat dikesan sejak jam 4 pagi (waktu tempatan).

Jelasnya, pihak Tabung Haji (TH) sedang bekerjasama dengan pihak Muasassah Asia Tenggara bagi mencari jemaah haji tersebut dan operasi ini diteruskan sehingga jemaah tersebut ditemui.

Ketika sidang media berlangsung jumlah kematian dicatatkan meningkat kepada 107 dan 238 dilaporkan cedera.

Kerajaan juga akan memberikan bantuan secepat mungkin kepada jemaah Malaysia yang mengalami kecederaan dalam kejadian kren tumbang di kawasan Masjidilharam, Makkah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tragedi tidak diingini ini berlaku berikutan ribut pasir dan hujan lebat melanda negara timur tengah itu pada jam kira-kira 5 petang waktu tempatan.

Kren tersebut tumbang berhampiran pintu As Salam dan menimpa bangunan di mana bangunan sa'ie terletak.

Sebahagian daripada rangka kren tersebut juga jatuh di bangunan Sa'ie berdekatan mataf.

Untuk mengetahui perkembangan terkini jemaah haji, waris-waris boleh menghubungi Tabung Haji di talian 03-6207 1919, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tragedi Kren Runtuh - Identiti 8 Jemaah Malaysia Dikenal Pasti
Tragedi Kren Runtuh - Identiti 8 Jemaah Malaysia Dikenal Pasti
Identiti lapan orang jemaah haji Malaysia yang sebelum ini tidak dapat dikesan berikutan tragedi kemalangan runtuhan kren di Masjidilharam di Mekah pada petang Jumaat, telah dikenal pasti.
http://1.bp.blogspot.com/-sXc6vHf7ipw/VfQXZL9aALI/AAAAAAAACaU/WGE3o8HCx_c/s320/kren%2Bruntuh.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-sXc6vHf7ipw/VfQXZL9aALI/AAAAAAAACaU/WGE3o8HCx_c/s72-c/kren%2Bruntuh.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/tragedi-kren-runtuh-identiti-8-jemaah.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/tragedi-kren-runtuh-identiti-8-jemaah.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy