Tony Pua Sangkal Dakwaan Maklumat Bocor Dari Dalam PAC

Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua menyangkal dakwaan bahawa maklumat daripada artikel Wall Street Journal (WSJ) dibocorkan dari dalam jawatankuasa itu.

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua menyangkal dakwaan bahawa maklumat daripada artikel Wall Street Journal (WSJ) dibocorkan dari dalam jawatankuasa itu.

“Saya tidak tahu dari mana mereka (WSJ) dapat data itu, apa yang saya tahu, kata kunci dalam artikel berkenaan terdapat dalam akaun juruaudit 1MDB dan akaun juruaudit IPIC (International Petroleum Investment Co).


“Maklumat itu sudah ada dan berdasarkan maklumat itu, 1MDB dan pihak berkuasa cukup untuk menjawab dan menyiasat,” katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

WSJ semalam melaporkan IPIC mendakwa bayaran RM6.02 bilion daripada 1MDB kepadanya telah hilang.

1MDB berkata, laporan itu meragukan dan menimbulkan kebimbangan mengenai siapa yang terlibat dalam perbicaraan PAC mungkin membocorkan maklumat.

Dalam menyangkal dakwaan itu, Pua turut menyatakan keraguannya terhadap siasatan PAC terhadap 1MDB akan disambung selepas pengerusi baru dilantik.

“Apa yang buatkan anda fikir ia akan disambung?” katanya ketika diminta mengulas berhubung perkara itu.

“Tiada komitmen daripada Speaker atau pihak berkenaan, sama ada Azalina mahupun Perdana Menteri sendiri tentang bila pengerusi baru PAC akan dilantik.

“Apa yang beliau kata hanyalah tunggu pada sesi Parlimen akan datang sebelum jawatan itu diisi,” tambah Pua.

Malah kata Pua, tiada sebarang petunjuk sama ada bila ia akan dibincangkan dan dilantik pada sesi Parlimen dan tambahnya pelbagai alasan diberikan hanya akan melambatkan proses itu.

“Adakah ia akan berlaku pada hari pertama sesi? Atau hari terakhir sesi ketika sidang hampir tamat pada akhir November, selepas itu mereka akan cakap, ini musim cuti jadi tiada lagi mesyuarat, adakan mesyuarat selepas Tahun Baru Cina.

“Kami tidak tahu langsung. Apa yang kami tahu mereka cuba melengahkan masa bagi memberi ruang kepada Perdana Menteri menutup isu 1MDB,” katanya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Sementara itu, Pua turut mengesahkan beliau telah dihubungi polis untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya sebelum ini.

“Saya akan minum kopi sekali lagi,” ujarnya berseloroh.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Pua akan dipanggil untuk diambil keterangan selepas dia mengakui merupakan orang yang bertanngungjawab memperkenalkan Editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown kepada pemilik Kumpulan Media The Edge, dipetik dari Rakyat Post.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tony Pua Sangkal Dakwaan Maklumat Bocor Dari Dalam PAC
Tony Pua Sangkal Dakwaan Maklumat Bocor Dari Dalam PAC
Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Tony Pua menyangkal dakwaan bahawa maklumat daripada artikel Wall Street Journal (WSJ) dibocorkan dari dalam jawatankuasa itu.
http://3.bp.blogspot.com/-0d5zf0Z5a50/VfEc_7eKuyI/AAAAAAAACZI/3QMenhYZjr0/s320/tonypua2.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-0d5zf0Z5a50/VfEc_7eKuyI/AAAAAAAACZI/3QMenhYZjr0/s72-c/tonypua2.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/tony-pua-sangkal-dakwaan-maklumat-bocor.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/tony-pua-sangkal-dakwaan-maklumat-bocor.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy