Tiga Judul Buku Kelirukan Islam Diharamkan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan tiga judul buku berunsur Islam kerana didapati mempunyai isi kandungan yang mengelirukan dan mungkin memudaratkan orang awam.

KDN haramkan tiga judul buku berunsur Islam yang mengelirukan orang ramai. Foto - AFP
KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan tiga judul buku berunsur Islam kerana didapati mempunyai isi kandungan yang mengelirukan dan mungkin memudaratkan orang awam.

Buku berkenaan ialah ‘Perukonan Romanise’, ‘Siri Pahlawan Islam Bilal Bin Rabah’ dan ‘Hadith Pilihan Shahih Bukhari’.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Hashimah Nik Jaafar, berkata perintah larangan berkuat kuasa semalam mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 akta tersebut mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau memiliki buku-buku tersebut bagi apa jua maksud, kataanya dalam satu kenyataan.

‘Perukonan Romanise’ berbahasa Melayu adalah susunan Norain H. Muhammmad dan diterbitkan H. Hashim H. Abdullah.

‘Siri Pahlawan Islam Bilal Bin Rabah’ susunan Mohamad Fadhil Umar diterbit Buku Prima Sdn. Bhd., dan dicetak Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd., dalam Bahasa Melayu.

‘Hadith Pilihan Shahih Bukhari’ dalam bahasa Indonesia diterjemah Ust Labib MZ dan diterbit Bintang Usaha Jaya Surabaya.

Hashimah berkata, mereka yang disabitkan melakukan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.- Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tiga Judul Buku Kelirukan Islam Diharamkan
Tiga Judul Buku Kelirukan Islam Diharamkan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan tiga judul buku berunsur Islam kerana didapati mempunyai isi kandungan yang mengelirukan dan mungkin memudaratkan orang awam.
http://4.bp.blogspot.com/-GzPFUo3Yrk4/VfzQy7urg_I/AAAAAAAACeQ/C0IAURjqHa4/s640/haram%2B3%2Bbuku.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-GzPFUo3Yrk4/VfzQy7urg_I/AAAAAAAACeQ/C0IAURjqHa4/s72-c/haram%2B3%2Bbuku.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/tiga-judul-buku-kelirukan-islam.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/tiga-judul-buku-kelirukan-islam.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy