Tiada Perbincangan Pembelian Mistral Dari Perancis

Malaysia tidak mengadakan perbincangan dengan Perancis mengenai pembelian sebuah kapal pengangkut helikopter Mistral dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian semalam.

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak mengadakan perbincangan dengan Perancis mengenai pembelian sebuah kapal pengangkut helikopter Mistral dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian semalam.

Perkara sama juga tidak dibincangkan dalam pertemuan antara Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatan beliau itu.

Hishammuddin menyatakan perkara itu dalam respons beliau melalui twitter kepada @WanKhairilAmmar yang mengemukakan soalan: "H2O are we purchasing 3 billion warship sir?" (H2O adakah kita akan membeli kapal perang 3 bilion, Tuan?)  

Hishammuddin juga merujuk kepada jawapan Le Drian terhadap soalan serupa pada satu sidang akhbar bahawa perkara itu "langsung tidak dibincangkan atau ditimbulkan".

Semalam, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa kerajaan Malaysia bakal membeli sebuah kapal perang Mistral yang dianggarkan berharga RM3 bilion.

Katanya, ia berdasarkan laporan antarabangsa yang bertajuk 'France Russia Mistral Ships Update: Malaysia To Buy Aircraft Carrier' bertarikh 26 Ogos 2015 mengenai hasrat kerajaan tersebut.

Sementara itu, dalam lawatan sehari beliau ke sini, Le Drian mengetuai beberapa wakil industri pertahanan Perancis melakukan kunjungan hormat terhadap Najib di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra, Putrajaya.

Beliau kemudian menghadiri mesyuarat perprofil tinggi dengan Hishammuddin di Wisma Pertahanan di sini dengan kedua-dua menteri itu bersetuju bekerjasama untuk meluaskan perkongsian maklumat risikan bagi menentang ancaman militan IS yang semakin meningkat, terutama di Perairan Sulu. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tiada Perbincangan Pembelian Mistral Dari Perancis
Tiada Perbincangan Pembelian Mistral Dari Perancis
Malaysia tidak mengadakan perbincangan dengan Perancis mengenai pembelian sebuah kapal pengangkut helikopter Mistral dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Perancis, Jean-Yves Le Drian semalam.
http://4.bp.blogspot.com/-xMaQIaHUhrg/VebfEtqm-FI/AAAAAAAACPM/WxY6nT85j4U/s320/datuk-seri-hishamuddin.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-xMaQIaHUhrg/VebfEtqm-FI/AAAAAAAACPM/WxY6nT85j4U/s72-c/datuk-seri-hishamuddin.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/tiada-perbincangan-pembelian-mistral.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/tiada-perbincangan-pembelian-mistral.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy