Tiada Pemecatan Pemimpin UMNO Pada Mesyuarat MT Esok - Zahid

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada pemimpin parti itu akan dipecat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT), petang esok.

PUTRAJAYA - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada pemimpin parti itu akan dipecat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT), petang esok.

"Saya tidak dimaklumkan dan tidak pernah dibincangkan adanya pemecatan atau sebagainya. Tidak pernah.

"Jadi janganlah buruk sangka atau melakukan spekulasi terhadap perkara-perkara berkenaan," katanya.


Pengesahan Zahid itu sekaligus menafikan khabar angin, sekurang-kurangnya enam pemimpin UMNO, termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan dipecat oleh MT.

Mesyuarat MT UMNO, esok akan diadakan di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Mesyuarat kali ini merupakan yang pertama selepas rombakan kabinet pada 28 Julai yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Turut digugurkan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hasan Malek daripada jawatan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Kali terakhir mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO diadakan adalah pada 26 Jun. Mesyuarat seterusnya dijadual pada 31 Julai, bagaimanapun ditangguhkan.

Ia sekali lagi dijadualkan pada tarikh baru iaitu 28 Ogos, namun sekali lagi dibatalkan.

Pada 20 Ogos, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan 9 September sebagai tarikh baru mesyuarat itu.

Menurutnya, tarikh itu diputuskan bagi memastikan semua bahagian selesai bermesyuarat terlebih dahulu, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tiada Pemecatan Pemimpin UMNO Pada Mesyuarat MT Esok - Zahid
Tiada Pemecatan Pemimpin UMNO Pada Mesyuarat MT Esok - Zahid
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada pemimpin parti itu akan dipecat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT), petang esok.
http://3.bp.blogspot.com/-V8Ugo5OxF0M/Ve7mEV8PhLI/AAAAAAAACVE/sKOJ3CJFCHQ/s320/zahid.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-V8Ugo5OxF0M/Ve7mEV8PhLI/AAAAAAAACVE/sKOJ3CJFCHQ/s72-c/zahid.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/tiada-pemecatan-pemimpin-umno-pada.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/tiada-pemecatan-pemimpin-umno-pada.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy