Tiada Pemecatan Pemimpin Parti Pada Mesyuarat MT UMNO - Najib

Tiada sebarang pemecatan atau pengguguran berlaku pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang pemecatan atau pengguguran berlaku pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, mesyuarat juga berlangsung dalam suasana baik dan penuh semangat setiakawan.

"Saya mengalu alukan penglibatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menyatakan kesetiaan pada UMNO dan berjuang demi UMNO dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

"Saya juga ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Shafie Apdal dan komitmennya dalam parti.

"Pentingnya solidariti peringkat tertinggi dalam isu tertentu untuk kita menjamin kelangsungan parti untuk terus berkuasa dan menyelesaikan apa juga isu," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Mesyuarat MT kali ini adalah yang pertama selepas Hari Raya Aidilfitri lepas susulan pembatalan mesyuarat asal yang dijadualkan pada 31 Julai lalu.

Sebelum ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin sendiri mengatakan tidak akan berlaku sebarang pemecatan hari ini malah mengakui ia tidak pernah dibincangkan dan hanya khabar angin semata-mata.

Dalam pada itu Najib berkata, mesyuarat MT UMNO turut membincangkan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Dalam soal 1MDB bersama kedudukan semasanya, kita juga sudah meletakkan tempoh untuk mengurangkan hutang dan menyelesaikan proses rasionalisasi.

"Kita juga akui mendapat tawaran menggalakkan dalam isu ini namun tidak boleh membuat sebarang pengumuman. Kita akan maklum bila selesai nanti," jelasnya.

Sementara itu tegasnya, UMNO juga tidak akan mendedahkan isu dana politik juga menjadi isu beberapa pihak akhir-akhir ini.

"Tidak ada undang-undang yang diterima pakai untuk isu ini. Tidak ada keperluan juga untuk mendedahkan apa-apa daripada dana ini.

"MT juga ambil maklum semua parti mengambil sumbangan dana. Isu ini sebenarnya sudah dibangkitkan empat tahun dahulu namun tidak mendapat reaksi pembangkang," ujarnya.

Najib turut mengumumkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO tahun ini adalah pada 8 sehingga 12 Disember iaitu selepas selesai persidangan Parlimen, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Tiada Pemecatan Pemimpin Parti Pada Mesyuarat MT UMNO - Najib
Tiada Pemecatan Pemimpin Parti Pada Mesyuarat MT UMNO - Najib
Tiada sebarang pemecatan atau pengguguran berlaku pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.
http://1.bp.blogspot.com/-TzytSi5aa9o/VfA8bERNF2I/AAAAAAAACXY/17yC5GHqDJw/s320/mt%2Bumno.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-TzytSi5aa9o/VfA8bERNF2I/AAAAAAAACXY/17yC5GHqDJw/s72-c/mt%2Bumno.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/tiada-pemecatan-pemimpin-parti-pada.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/tiada-pemecatan-pemimpin-parti-pada.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy