Sokong PAS Sertai PR 2.0

Azmin Ali teguh mempertahankan pendirian parti yang berhasrat meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengan Pas dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) 2.0.

PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali teguh mempertahankan pendirian parti yang berhasrat meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengan Pas dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) 2.0.

Menurutnya, kerjasama akan diteruskan dengan semua parti politik yang komited dengan agenda bersama iaitu membawa perubahan dalam negara sejajar hasrat yang disuarakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menteri Besar Selangor itu turut mengingatkan bahawa musuh PR hanyalah Umno dan BN.

“Dan kalau ada pihak, termasuk Pas yang terus komited dengan agenda bersama PR, maka sudah tentulah kita akan bekerjasama dengan Pas dan mana-mana parti politik yang mempunyai dasar perjuangan sealiran dengan PR.

“Ini telah ditegaskan berulang kali,” katanya kepada media selepas menghadiri PJ Half Marathon di Petaling Jaya ketika diminta mengulas sama ada wajar Pas berada bersama PR 2.0 atau tidak.

Sebelum ini, Dr Wan Azizah menyatakan PKR masih mahu menjalin kerjasama dengan Pas kerana PKR boleh bekerja dengan mana-mana pihak yang mempunyai matlamat sama untuk menjatuhkan kerajaan.

Sementara itu, Azmin turut mendesak polis supaya lebih fokus kepada masalah jenayah yang lebih serius berbanding memanggil individu terlibat dalam perhimpunan Bersih 4.0.

Katanya, tindakan polis itu membuang masa dan membazir wang rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan.

“Tidak harus wang rakyat seperti ini digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak. Itu gesaan saya pada polis.

“Polis perlu tumpu masalah jenayah yang semakin serius hari ini dan tidak menekan rakyat yang sebenarnya berhimpun secara aman, menurut Perlembagaan dan peruntukan sedia ada,” katanya.

Azmin turut menyeru  polis agar meneliti semula perkara itu dengan serius supaya keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap institusi itu dapat dikembalikan.

“Institusi PDRM adalah satu sistem demokrasi yang harus memelihara ketenteraman dan keselamatan rakyat, bukan individu,” katanya.

Khamis lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis akan memanggil lebih ramai lagi individu dan peserta yang menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Katanya, polis sedang mengkaji klip video dan gambar semasa perhimpunan 34 jam tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya bahkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan dipanggil dan disiasat mengikut kanun keseksaan berhubung ucapannya pada perhimpunan tersebut, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Sokong PAS Sertai PR 2.0
Sokong PAS Sertai PR 2.0
Azmin Ali teguh mempertahankan pendirian parti yang berhasrat meneruskan kelangsungan kerjasama politik dengan Pas dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) 2.0.
http://4.bp.blogspot.com/-lT8-x0oK76g/Ve0X_7gntII/AAAAAAAACUE/UESfkIrv6QE/s320/azminali_0.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-lT8-x0oK76g/Ve0X_7gntII/AAAAAAAACUE/UESfkIrv6QE/s72-c/azminali_0.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/sokong-pas-sertai-pr-20.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/sokong-pas-sertai-pr-20.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy