Serampang Dua Mata

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menerusi Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) yang dilaksanakan bagi tempoh antara 2016 dan 2020 menyasarkan peningkatan dua setengah kali ganda produktiviti dalam industri itu menjelang 2020. Sasaran itu dijangka dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja, sekali gus menurunkan kadar penggunaan tenaga kerja asing yang kini mencecah 450,000 yang berdaftar di bawah CIDB.

CITP mensasarkan penurunan penggunaan tenaga kerja asing. - Gambar Fail 

Kuala Lumpur: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menerusi Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) yang dilaksanakan bagi tempoh antara 2016 dan 2020 menyasarkan peningkatan dua setengah kali ganda produktiviti dalam industri itu menjelang 2020. Sasaran itu dijangka dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja, sekali gus menurunkan kadar penggunaan tenaga kerja asing yang kini mencecah 450,000 yang berdaftar di bawah CIDB.

Ketua Eksekutif CIDB Datuk Seri Judin Abdul Karim berkata, antara langkah yang boleh meningkatkan produktiviti industri pembinaan negara adalah pemain mempraktiskan teknologi sistem pembinaan perindustrian (IBS) yang kini semakin meningkat penggunaannya. Beliau berkata, penggunaan IBS membantu mengurangkan sehingga 50 peratus tenaga kerja manusia kerana ia menyediakan komponen binaan yang siap untuk dipasang bagi sesuatu bangunan serta boleh menjimatkan masa untuk menyiapkan sesuatu projek.

“Dalam isu kebergantungan tenaga kerja asing pula, ia sebenarnya membawa pelbagai isu kurang baik kepada negara terutama faktor keselamatan sosial dan kesihatan walaupun golongan ini mampu menawarkan gaji murah.

“Kami juga sentiasa menguatkuasakan penggunaan tenaga kerja warga asing secara haram dalam projek yang dilaksanakan kontraktor dengan menguatkuasakan undang-undang CIDB. Antaranya menggantung atau membatalkan lesen mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya di sini, semalam.

Dalam taklimat itu, CIDB menjelaskan peranan CITP yang baru dilancarkan minggu lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. CITP mewujudkan empat teras utama iaitu kualiti, keselamatan dan profesionalisme; kelestarian alam sekitar; produktiviti dan pengantarabangsaan.

CITP adalah sebahagian daripada Rancangan Malaysia ke-11 (RMKe-11) yang mana di bawah teras itu terdapat 18 inisiatif bagi mentransformasi sektor pembinaan negara dalam tempoh lima tahun. Judin berkata, industri pembinaan negara mencatatkan peningkatan lapan peratus dari tahun ke tahun bermula 2011 hingga 2014 dengan nilai projek mencecah RM500 bilion.

Katanya, industri itu mampu berkembang kepada dua angka tahun ini walaupun berdepan situasi ekonomi mencabar memandangkan pelaksanaan projek pembinaan yang sentiasa diteruskan. - Harian Metro

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Serampang Dua Mata
Serampang Dua Mata
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menerusi Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) yang dilaksanakan bagi tempoh antara 2016 dan 2020 menyasarkan peningkatan dua setengah kali ganda produktiviti dalam industri itu menjelang 2020. Sasaran itu dijangka dapat mengurangkan penggunaan tenaga kerja, sekali gus menurunkan kadar penggunaan tenaga kerja asing yang kini mencecah 450,000 yang berdaftar di bawah CIDB.
http://4.bp.blogspot.com/-dOkzagNXycQ/Vfk7IdWwVXI/AAAAAAAAHso/BOqnLrc-k7Y/s640/construction.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-dOkzagNXycQ/Vfk7IdWwVXI/AAAAAAAAHso/BOqnLrc-k7Y/s72-c/construction.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/serampang-dua-mata.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/serampang-dua-mata.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy