Seluruh FAM Perlu Bertanggungjawab! - KJ

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan mengadakan perjumpaan khas dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selepas perlawanan antara skuad kebangsaan dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan mengadakan perjumpaan khas dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selepas perlawanan antara skuad kebangsaan dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam hari ini.

Khairy berkata perjumpaan beliau dengan pengurusan tertinggi FAM itu hanya akan diadakan selepas perlawanan berkenaan bagi memastikan pemain skuad negara dapat memberi fokus sepenuhnya terhadap pertemuan dengan Arab Saudi itu. 

Beliau berkata perjumpaan itu adalah bagi membincangkan prestasi hambar yang ditampilkan skuad Harimau Malaya dalam aksi Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Kelayakan Piala Asia 2019, termasuk kekalahan memalukan 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi, minggu lepas.

"Saya tidak mahu mendahului perjumpaan dengan FAM. Saya akan minta laporan daripada mereka tentang apa yang (sedang) berlaku (kepada skuad Harimau Malaya)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Simposium Pembangunan Sukan Negara 2015 dan Program Persediaan Sukan SEA 2017, di Seri Kembangan, dekat sini malam ini.

Khairy pada masa sama, turut meminta pengurusan tertinggi FAM termasuk barisan exconya supaya bertanggungjawab terhadap aksi hambar skuad Harimau Malaya ketika ini, sebagaimana yang disuarakan bekas Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa.

"Tidak hanya Presiden (FAM) yang perlu dipertanggungjawabkan tetapi seluruh kepimpinan FAM juga perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku," tegas Khairy. - Astro Arena

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Seluruh FAM Perlu Bertanggungjawab! - KJ
Seluruh FAM Perlu Bertanggungjawab! - KJ
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan mengadakan perjumpaan khas dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), selepas perlawanan antara skuad kebangsaan dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam.
http://3.bp.blogspot.com/-ReUIdUeAJ1o/Ve4v876p1kI/AAAAAAAAHog/azX_oL5xS48/s320/famb.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-ReUIdUeAJ1o/Ve4v876p1kI/AAAAAAAAHog/azX_oL5xS48/s72-c/famb.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/seluruh-fam-perlu-bertanggungjawab-kj.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/seluruh-fam-perlu-bertanggungjawab-kj.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy