'Saya tidak tahu ia cubaan gulingkan kerajaan'

Bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, yang dihukum penjara di Bangkok atas sabitan memeras ugut bekas majikannya, merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap tempoh hukuman penjaranya selama tiga tahun, menurut The Straits Times (ST).

SINGAPURA - Bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, yang dihukum penjara di Bangkok atas sabitan memeras ugut bekas majikannya, merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap tempoh hukuman penjaranya selama tiga tahun, menurut The Straits Times (ST).
    
"Saya tidak menjangkakan ia tiga tahun," katanya dalam temuramah dengan akhbar itu.
    
Justo dikenakan hukuman pada 17 Ogos lepas tetapi menjangkakan hukumannya diringankan selepas memberi kerjasama kepada polis dan membuat pengakuan sepenuhnya berhubung tuduhan terhadapnya.
    
Warga Switzerland itu mempunyai tempoh sehingga 17 September ini untuk mengemukakan rayuan.
    
Dalam waktu sementara, saya bercadang untuk mendapatkan khidmat peguam Thailand yang baharu, katanya dalam temuramah yang disertai peguamnya, Marc Henzelin, di penjara Klong Prem, Bangkok.
    
Justo membidas rujukan terhadapnya sebagai pemberi maklumat (whistle-blower) yang menjual data projek usaha sama antara firma Saudi itu dan IMalaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri daripada bekas majikannya.
"Saya bukan 'whistle-blower'. Ia mudah untuk saya dilihat dalam imej seperti itu tetapi saya bukan. Mereka (pembeli maklumat) mempunyai agenda politik yang saya tidak ketahui.
    ‎
"Saya tidak mempunyai idea apa yang terkandung dalam fail-fail itu. Saya tidak tahu mereka (pembeli maklumat) cuba menggulingkan sebuah kerajaan. Saya bodoh," dakwanya.
   
 Justo, yang letak jawatan dalam PetroSaudi pada 2011, menuntut 2.5 juta Swiss franc (S$3.7 juta) daripada ketua eksekutif PetroSaudi pada 2013 kerana tidak mendedahkan maklumat yang dipegangnya mengenai syarikat itu.
    
Firma itu telah membayar dia sebelum ini dan enggan membuat bayaran sekali lagi dan sebaliknya membuat aduan dengan polis Thailand pada Mei lepas.
    
Justo ditahan oleh polis Thailand di pulau peranginan Koh Samui pada Jun lepas. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: 'Saya tidak tahu ia cubaan gulingkan kerajaan'
'Saya tidak tahu ia cubaan gulingkan kerajaan'
Bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, yang dihukum penjara di Bangkok atas sabitan memeras ugut bekas majikannya, merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap tempoh hukuman penjaranya selama tiga tahun, menurut The Straits Times (ST).
http://3.bp.blogspot.com/-2y14qvlf9Qo/VekRVbVTTQI/AAAAAAAACTI/rtWW69odzC0/s320/justo.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-2y14qvlf9Qo/VekRVbVTTQI/AAAAAAAACTI/rtWW69odzC0/s72-c/justo.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/saya-tidak-tahu-ia-cubaan-gulingkan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/saya-tidak-tahu-ia-cubaan-gulingkan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy