Saya Serahkan Pada FIFA Untuk Buat Keputusan - Ong Kim Swee

Datuk Ong Kim Swee menyerahkan nasib pasukan negara kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan kekecohan ditimbulkan penyokong tempatan ketika aksi antara Malaysia berdepan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, malam tadi.

SHAH ALAM - Ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee menyerahkan nasib pasukan negara kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan kekecohan ditimbulkan penyokong tempatan ketika aksi antara Malaysia berdepan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu terpaksa dihentikan pengadil Liu Kwok Man dari Hong Kong pada minit ke-88, berikutan tindakan liar segelintir penyokong yang bertindak membaling suar dan mercun roket ke kawasan padang.

"Terpulang kepada FIFA untuk membuat keputusan kemudian. Segala keputusan kita akan terima, dan kita terpaksa menerima padahnya," kata Kim Swee yang terkilan dengan insiden kekecohan itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkenaan.

Berdasarkan peraturan, FIFA boleh membuat keputusan sama ada meneruskan perlawanan berbaki dua minit itu, atau memberikan kemenangan 3-0 kepada Arab Saudi.

"Saya rasa tidak perlu saya bercakap tentang perkara itu (kekecohan)...ia memalukan tetapi pemain menunjukkan satu permainan yang cukup baik. Mereka mengikut arahan dan bekerjasama antara satu sama lain, dan kita hampir melakukan kejutan," kata Kim Swee.

Dalam pada itu, pemain pertahanan negara, Mohd Razman Roslan kecewa dengan sikap segelintir penyokong yang menimbulkan kekecohan ketika Malaysia berada dalam keadaan terbaik untuk melakar kejutan ke atas Arab Saudi.

"Saya kecewa dengan sikap segelintir penyokong dan berharap insiden ini tidak berulang," kata ketua pasukan Pahang itu.

Berkongsi nada sama ialah pemain tengah kebangsaan, Baddrol Bakhtiar yang menyifatkan tindakan liar penyokong negara itu adalah perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan.

"Mereka (penyokong) perlu bersikap positif dan terus beri sokongan. Bagi saya ia satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku," kata pemain tengah Kedah.

Penjaga gol skuad negara, Khairul Fahmi Che Mat pula tidak menyangka segelintir penyokong bertindak menimbulkan kekecohan dengan membaling suar ke dalam padang walaupun perlawanan masih berlangsung.

"Saya berasa malu dengan tindakan liar segelintir penyokong dan ia memberi kesan negatif kepada pasukan kita selaku tuan rumah," katanya, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Saya Serahkan Pada FIFA Untuk Buat Keputusan - Ong Kim Swee
Saya Serahkan Pada FIFA Untuk Buat Keputusan - Ong Kim Swee
Datuk Ong Kim Swee menyerahkan nasib pasukan negara kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan kekecohan ditimbulkan penyokong tempatan ketika aksi antara Malaysia berdepan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, malam tadi.
http://3.bp.blogspot.com/-RbmfORoVJeE/Ve-91rXchGI/AAAAAAAACVY/vsfO8taGpuE/s320/ong%2Bkimswee.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-RbmfORoVJeE/Ve-91rXchGI/AAAAAAAACVY/vsfO8taGpuE/s72-c/ong%2Bkimswee.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/saya-serahkan-pada-fifa-untuk-buat.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/saya-serahkan-pada-fifa-untuk-buat.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy