Ringgit Mungkin Susut Lagi Minggu Depan

Ringgit kemungkinan akan meneruskan trend menurun berbanding dolar US minggu depan berikutan sentimen yang lebih lemah di pasaran global, kata peniaga.

Kuala Lumpur - Ringgit kemungkinan akan meneruskan trend menurun berbanding dolar US minggu depan berikutan sentimen yang lebih lemah di pasaran global, kata peniaga.

Peniaga berkata, beberapa faktor seperti pertumbuhan ekonomi China yang semakin lembap dan kejatuhan harga minyak, dijangka memberi tekanan ke atas pasaran mata wang minggu depan, termasuk unit tempatan.

Menurutnya, pelabur juga akan memantau pengeluaran senarai gaji bukan ladang lewat Jumaat bagi mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS.

Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research Sdn Bhd, Pong Teng Siew berkata, ringgit akan memasuki tempoh yang lebih tidak menentu minggu depan, dipengaruhi pergerakan harga minyak mentah dan pengeluaran data ekonomi.

"Ia agak stabil minggu ini. Kami masih menjangka tahap kejatuhan harga minyak akan lebih lambat dan itu bermakna ringgit akan mempunyai potensi penyusutan yang terhad," katanya kepada Bernama.

Pada Jumaat, minyak mentah Brent untuk Oktober merosot 12 sen kepada US$50.56 setong, selepas mencatat paras terendah hari ini pada US$49.68 setong.

Minyak mentah AS juga turun 20 sen kepada US$46.55 setong. 

Unit tempatan itu dijangka bergerak sekitar 4.28 dan 4.30 dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang, kata Pong.

Untuk minggu baru berakhir, ringgit jatuh berbanding dolar US kepada 4.2560/2610 berbanding 4.1950/1050 Jumaat lepas.
Mata wang tempatan itu merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0040/0085 daripada 2.9877/9969 dan turun berbanding yen kepada 3.5738/5792 daripada 3.4721/4812 sebelum ini.

Ia susut berbanding pound sterling kepada 6.4849/4933 daripada 6.4561/4732 minggu lalu dan jatuh berbanding euro kepada 4.7408/7468 daripada 4.7349/7470 sebelum ini, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Ringgit Mungkin Susut Lagi Minggu Depan
Ringgit Mungkin Susut Lagi Minggu Depan
Ringgit kemungkinan akan meneruskan trend menurun berbanding dolar US minggu depan berikutan sentimen yang lebih lemah di pasaran global, kata peniaga.
http://4.bp.blogspot.com/-N-RAtiPsNdg/Ve0Wg2oqyaI/AAAAAAAAHoQ/PyBX187hy-E/s320/ringgit.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-N-RAtiPsNdg/Ve0Wg2oqyaI/AAAAAAAAHoQ/PyBX187hy-E/s72-c/ringgit.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/ringgit-mungkin-susut-lagi-minggu-depan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/ringgit-mungkin-susut-lagi-minggu-depan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy