Remaja Islam Reka Jam Dari Texas Dijemput Ke White House

Seorang remaja Islam, Ahmed Mohamed ditahan di Amerika Syarikat selepas seorang guru melihat jam rekaannya sebagai satu ancaman bom di sekolah MacArthur High School di Irving, Texas.

Antara tweet yang menyokong Ahmed Mohamed. - Gambar Fail

Texas, Amerika - Seorang remaja Islam, Ahmed Mohamed ditahan di Amerika Syarikat selepas seorang guru melihat jam rekaannya sebagai satu ancaman bom di sekolah MacArthur High School di Irving, Texas.

Difahamkan, Ahmed, seorang pelajar yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan, membawa jam berkenaan ke sekolah pada Selasa untuk menunjukkan hasil rekaannya kepada guru kelas.

Tetapi, situasi menjadi buruk apabila guru berkenaan menghubungi pihak polis selepas mengesyaki jam itu mempunyai bahan yang berbahaya. 

Walaupun Ahmed memberi penjelasan bahawa ia bukan sebarangan bahan senjata, namun guru berkenaan tidak mempercayai penjelasan pelajar berusia 14 tahun itu.

Susulan kejadian itu, media sosial kini dibanjiri dengan sokongan menerusi hashtag #StandwithAhmed.

#StandwithAhmed  kini merupakan antara isu paling trending di media sosial, dan insiden itu telah mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

Kebanyakan netizen mengkritik tindakan pihak sekolah berkenaan serta menyelar insiden itu sebagai satu tindakan rasis dan mempromosi ‘Islamophobia’.

Mereka berpendapat insiden seperti itu sungguh memalukan, malah perbuatan rasis tidak sepatutnya berlaku di bangku sekolah.

Reka bentuk jam yang direka Ahmed yang disangka bom oleh guru sekolah beliau. Foto - AFP
Insiden itu juga menarik perhatian beberapa golongan terkenal seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dengan sekaligus membuka pintu kepada pelbagai peluang seperti biasiswa pendidikan, peluang internship di beberapa syarikat teknologi terkenal. 

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama meminta Ahmed untuk membawa jam rekaannya ke White House sebagai tanda inspirasi kepada pelajar lain untuk meminati bidang sains.

Mark (Zuckerberg) pula memuji kebijaksanaan Ahmed yang mampu mencipta jam pada usia muda serta menyatakan hasrat beliau untuk bertemu dengannya. 

Syarikat teknologi Google juga tidak melepaskan peluang untuk menjemput Ahmed mengambil bahagian dalam pameran Sains yang akan berlangsung hujung minggu ini sebagai satu tanda sokongan kepada pelajar itu.

Syarikat jaringan sosial, Twitter menawarkan peluang latihan (internship) di agensi gergasi itu kepada Ahmed. 

Laporan Mashable dipetik berkata, polis Jabatan Irving menutup kes itu pada Rabu selepas mengesahkan jam ciptaan Ahmed adalah selamat untuk digunanakan.
Dia kemudian dilepaskan dari tahanan polis selepas disoal siasat.

Akaun Twitter Ahmed yang mempunyai lebih dari 59 ribu pengikut menerima tanda 'verified' sejurus selepas ia dibuka semalam. - Astro Awani

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Remaja Islam Reka Jam Dari Texas Dijemput Ke White House
Remaja Islam Reka Jam Dari Texas Dijemput Ke White House
Seorang remaja Islam, Ahmed Mohamed ditahan di Amerika Syarikat selepas seorang guru melihat jam rekaannya sebagai satu ancaman bom di sekolah MacArthur High School di Irving, Texas.
http://3.bp.blogspot.com/-OemSGgVKseU/Vfp4L-Eh9vI/AAAAAAAAHuY/7vqSZUWrWa0/s640/madrid.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-OemSGgVKseU/Vfp4L-Eh9vI/AAAAAAAAHuY/7vqSZUWrWa0/s72-c/madrid.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/remaja-islam-reka-jam-dari-texas.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/remaja-islam-reka-jam-dari-texas.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy