PPM : Sedia Bekerjasama Dengan Mana-Mana Parti

Parti Pekerja Malaysia (PPM) yang dilancarkan hari ini sedia bekerjasama dengan mana-mana parti dalam pembentukan PR 2.0.

Presiden Parti Pekerja Malaysia, Mat Sabu. - Gambar Fail 

Shah Alam – Parti Pekerja Malaysia (PPM) yang dilancarkan hari ini sedia bekerjasama dengan mana-mana parti dalam pembentukan PR 2.0.

Presidennya, Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, parti itu mengambil langkah untuk berbincang bersama PKR dan DAP soal kerjasama yang bakal dibentuk dalam pakatan baru itu nanti.

“Tunggu kami bincang dulu,” katanya pada sidang media majlis pelancaran perdana Amanah di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), hari ini.

Ditanya mengenai langkah untuk berbaik dengan Pas, Mohamad atau dipanggil Mat Sabu hanya menjawab ringkas.

“Kita ambil langkah berbaik dengan semua parti termasuk badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.

Pada masa sama, Mat Sabu turut menyangkal dakwaan bawah penubuhan Parti Pekerja Malaysia merupakan tindakan menggantikan Pas.

“Amanah (Parti Pekerja Malaysia) bukan hendak tukar Pas, tetapi kita mahu tukar kerajaan. Hendak ambil alih Putrajaya daripada BN,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Pekerja Malaysia, Salahuddin Ayub berkata, mesyuarat bersama semua presiden parti akan diadakan dalam tempoh terdekat.

“Kerjasama dengan Pas bergantung pada hasil keputusan mesyuarat itu nanti. Pendirian kami tetap sama, sedia bekerjasama dengan mana-mana parti,” katanya.

Dalam pada itu ditanya mengenai kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) penggal akan datang, Mat Sabu berkata, fokus mereka ketika ini adalah pada pentadbiran parti baru. - Sinar Harian

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: PPM : Sedia Bekerjasama Dengan Mana-Mana Parti
PPM : Sedia Bekerjasama Dengan Mana-Mana Parti
Parti Pekerja Malaysia (PPM) yang dilancarkan hari ini sedia bekerjasama dengan mana-mana parti dalam pembentukan PR 2.0.
http://3.bp.blogspot.com/-rfQ9-mD4r1A/VflAwG6uOkI/AAAAAAAAHs4/RL69TTmH9HE/s640/mat%2Bsabu.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-rfQ9-mD4r1A/VflAwG6uOkI/AAAAAAAAHs4/RL69TTmH9HE/s72-c/mat%2Bsabu.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/ppm-sedia-bekerjasama-dengan-mana-mana.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/ppm-sedia-bekerjasama-dengan-mana-mana.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy