Polis Mohon Semula 'Notis Merah' Tahan Clare

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiapkan permohonan semula "Notis Merah" kepada Interpol di Perancis untuk menahan dan mengekstradisi pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiapkan permohonan semula "Notis Merah" kepada Interpol di Perancis untuk menahan dan mengekstradisi pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
   
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedang melengkapkan permohonan itu bagi membolehkan polis menyiasat laporan berbaur fitnah yang dibuat oleh Claire.
   
"Apabila telah lengkap dengan keterangan terhadapnya kita akan merayu semula kepada Interpol untuk letak dia dalam senarai 'Red Alert'," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa di sini, hari ini.

Pada 4 Ogos lalu, polis telah memperoleh waran tangkap dari Mahkamah Kuala Lumpur terhadap wanita Britain itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan 124I Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan laporan palsu.
   
Notis Merah ialah satu notis diedarkan kepada semua keanggotaannya bagi usaha mencari dan menangkap individu yang dikehendaki oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, keterangan daripada warga Switzerland, Xavier Andre Justo akan menjadi asas bagi membolehkan polis menjalankan siasatan ke atas beberapa individu terlibat dalam komplot menjatuhkan kerajaan.
   
"Setakat ini kita masih menunggu respons daripada pihak berkuasa Thailand... seperti saya sebut permohonan ini melalui mutual legal assistant (MLA), ada prosedur operasi standard yang perlu melalui Kementerian Luar Thailand, jadi kita tunggu.
   
"Kita perlu memperkemas siasatan yang penting untuk kita rakam kenyataan Justo dahulu," katanya.
   
Sebelum ini polis telah membuka kertas siasatan mengikut Kanun Keseksaan bagi menyiasat usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia berikutan pendedahan bekas eksekutif Petro Saudi International Ltd (PetroSaudi), Justo.  - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Polis Mohon Semula 'Notis Merah' Tahan Clare
Polis Mohon Semula 'Notis Merah' Tahan Clare
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiapkan permohonan semula "Notis Merah" kepada Interpol di Perancis untuk menahan dan mengekstradisi pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
http://3.bp.blogspot.com/-NAW2z1vmW3g/VfbIs2ikTxI/AAAAAAAACbI/jBOOj3u1H4M/s320/abu%2Bbakar.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-NAW2z1vmW3g/VfbIs2ikTxI/AAAAAAAACbI/jBOOj3u1H4M/s72-c/abu%2Bbakar.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/polis-mohon-semula-notis-merah-tahan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/polis-mohon-semula-notis-merah-tahan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy