Polis Buka Kertas Siasatan Cubaan Jatuhkan Kerajaan

Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Kanun Keseksaan bagi menyiasat usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia berikutan pendedahan bekas eksekutif Petro Saudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo,

GEORGE TOWN - Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Kanun Keseksaan bagi menyiasat usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia berikutan pendedahan bekas eksekutif Petro Saudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Justeru itu, beliau berkata polis akan memanggil semula Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua untuk merakam percakapan berikutan pengakuan terbarunya seperti yang dilaporkan akhbar The News Straits Times (NST). 

"Tetapi kita tidak siasatan berdasarkan laporan akhbar...Apa yang dia (Pua) sendiri telah sebut...jadi kami perlu memanggil dia semula untuk kami rakam percakapan lanjutannya.

"Dia (Pua) sendiri pun dah mengaku ada beberapa perkara yang masa kami panggil hari itu dia tidak sebut, sekarang ini dia dah ingat jadi kami panggil dia semula untuk sambung percakapan," katanya pada sidang media selepas istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di sini hari ini.

Sebanyak 136 penerima yang berkhidmat ketika zaman darurat menerima pingat itu sempena ulang tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke-77, di Dewan Sri Pinang di sini.

Akhbar NST, dalam laporan muka depan hari ini mendedahkan Pua mengaku memperkenalkan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, individu yang melancarkan kempen memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada pengurusan kanan The Edge Media Group.

Pua membuat pengakuan itu susulan kemunculan bukti siasatan kes Justo, tetapi pada masa sama menegaskan tidak mempunyai kaitan dengan kebocoran maklumat atau sebarang transaksi.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata beliau akan menghantar pegawai untuk merakam percakapan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika perhimpunan Bersih 4, di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ditanya bila kenyataan Dr Mahathir akan diambil, Khalid berkata: "Kami akan lihat bila Tun Mahathir berkelapangan. Kami akan buat temu janji dengan beliau.", lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Polis Buka Kertas Siasatan Cubaan Jatuhkan Kerajaan
Polis Buka Kertas Siasatan Cubaan Jatuhkan Kerajaan
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Kanun Keseksaan bagi menyiasat usaha menjatuhkan kerajaan Malaysia berikutan pendedahan bekas eksekutif Petro Saudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo,
http://3.bp.blogspot.com/-J48q4ghgf9g/VfDgpnwrP-I/AAAAAAAACYk/4t2t1Z3UO3s/s320/Khalid-Abu-Bakar.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-J48q4ghgf9g/VfDgpnwrP-I/AAAAAAAACYk/4t2t1Z3UO3s/s72-c/Khalid-Abu-Bakar.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/polis-buka-kertas-siastan-cubaan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/polis-buka-kertas-siastan-cubaan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy