PLUS Laksana ETC Sepenuhnya Tahun 2017

Plus Malaysia Bhd (Plus) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya di semua plaza tol miliknya mulai tahun 2017.

BUTTERWORTH - Plus Malaysia Bhd (Plus) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya di semua plaza tol miliknya mulai tahun 2017.
    
Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Fuad Khusairi berkata ketika ini sebanyak 14 daripada 92 plaza tol miliknya telah melaksanakan sistem ETC manakala bakinya masih menggunakan sistem tol tertutup.
    
"Plus menjangkakan ia dapat dilaksanakan dalam tempoh dua tahun lagi, ia adalah antara usaha kami mengurangkan kesesakan di plaza tol kerana kutipan secara elektronik mampu menjimatkan masa," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat tinjauan pelaksanaan ETC di plaza tol Jambatan Pulau Pinang, di sini hari ini.
    
Selain plaza tol Jambatan Pulau Pinang, empat lagi plaza tol turut melaksanakan sistem ETC sepenuhnya di Kubang Semang, Pulau Pinang, serta Lunas, Jitra dan Bukit Kayu Hitam di Kedah mulai pukul 12 tengah hari ini.

Katanya pelaksanaan ETC sepenuhnya di Jambatan Pulau Pinang dijangka dapat melancarkan 30 hingga 50 peratus kesesakan trafik di laluan itu dan memberi penjimatan masa kepada pengguna.
    
Mohd Fuad berkata sebanyak 82,000 kenderaan menggunakan Jambatan Pulau Pinang setiap hari dan sebelum pelaksanaan ETC, 90 peratus daripadanya sudah menggunakan ETC.
    
"Mengikut rekod, penggunaan SmartTAG mampu mencatatkan 1,200 transaksi dalam tempoh satu jam berbanding tunai yang hanya mencatatkan 400 transaksi manakala kad PlusMiles dan Touch 'n' Go pula mencatatkan 550 transaksi bagi tempoh sama,"
katanya.
    
Beliau berkata PLUS juga membelanjakan hampir RM10 juta bagi menyerap kos promosi dan rebat yang diberikan di semua lima plaza tol berkenaan bermula 1 September hingga 31 Disember ini.
    
Katanya Plus  menawarkan 20 peratus rebat kepada pembeli kad Touch 'n' Go baharu yang melalui kelima-lima plaza tol berkenaan sehingga 31 Disember ini. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: PLUS Laksana ETC Sepenuhnya Tahun 2017
PLUS Laksana ETC Sepenuhnya Tahun 2017
Plus Malaysia Bhd (Plus) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) sepenuhnya di semua plaza tol miliknya mulai tahun 2017.
http://2.bp.blogspot.com/-hlhRVfCw1hI/VfAEnrudOQI/AAAAAAAACWc/kB75j5Ilmyg/s320/plus.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-hlhRVfCw1hI/VfAEnrudOQI/AAAAAAAACWc/kB75j5Ilmyg/s72-c/plus.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/plus-laksana-etc-sepenuhnya-tahun-2017.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/plus-laksana-etc-sepenuhnya-tahun-2017.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy