Pesuruhjaya Sukan Hanya Boleh Gantung Persatuan Sukan Bukan Pihak Berkuasa Atau Stadium - KJ

Pesuruhjaya Sukan hanya mempunyai kuasa bertindak ke atas persatuan sukan, bukan terhadap pengurusan stadium mahu pun pihak berkuasa, tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Pesuruhjaya Sukan hanya mempunyai kuasa bertindak ke atas persatuan sukan, bukan terhadap pengurusan stadium mahu pun pihak berkuasa, tegas KJ. - Gambar Fail 

Kuala Lumpur - Pesuruhjaya Sukan hanya mempunyai kuasa bertindak ke atas persatuan sukan, bukan terhadap pengurusan stadium mahu pun pihak berkuasa, tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Mengulas kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahu polis dan stadium dikenakan penggantungan sama jika badan induk itu digantung, Khairy menjelaskan Pesuruhjaya Sukan hanya boleh bertindak mengikut bidang kuasanya.

Bagi Khairy, keadaan itu sama seperti jika ada kekecohan ketika perlawanan Liga Malaysia kerana FAM hanya boleh mengambil tindakan terhadap persatuan bola sepak negeri, bukan pihak berkuasa ataupun stadium.

"Contohnya, jika ada penyokong yang membaling suar pada perlawanan Liga Malaysia...FAM tidak boleh gantung polis. Sama juga dengan Pesuruhjaya Sukan, mereka tidak boleh gantung polis.

"Kita hanya boleh minta polis pertingkatkan lagi kawalan mereka," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Tengku Abdullah mengenai insiden kekecohan di Stadium Shah Alam pada 8 Sept lepas.

Kekecohan itu dicetuskan penyokong negara yang membaling suar dan mercun roket ke padang sewaktu perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi.

Akibatnya, pengadil menghentikan permainan pada minit ke-88 ketika Arab Saudi sedang mendahului 2-1.

Ahad lepas, Tengku Abdullah berpendapat kelemahan aspek keselamatan di Stadium Shah Alam ketika perlawanan itu, bukan salah FAM semata-mata.

Tengku Abdullah bagaimanapun menjelaskan FAM sedia bertanggungjawab atas kekecohan tersebut, namun pada masa sama, insiden yang mencalar imej bola sepak negara itu tidak seharusnya dibebankan sepenuhnya ke atas badan induk itu.

Malah, beliau turut mempersoalkan tindakan PPS yang ingin mengenakan hukuman gantung kepada persatuan itu jika gagal menjawab surat tunjuk sebab bertarikh 9 Sept dalam masa 14 hari berhubung kekecohan berkenaan.
Mengulas sama ada FAM telah menjawab notis tunjuk sebab berkenaan, Khairy berkata sehingga kini beliau masih belum dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh pesuruhjaya sukan.

"Jika FAM mahu berjumpa dengan saya mengenai hal ini...tidak ada masalah tapi kena tunggu dulu jawapan yang akan diberikan oleh pesuruhjaya sukan. Lepas itu baru sesuai nak jumpa," katanya. - Astro Awani

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Pesuruhjaya Sukan Hanya Boleh Gantung Persatuan Sukan Bukan Pihak Berkuasa Atau Stadium - KJ
Pesuruhjaya Sukan Hanya Boleh Gantung Persatuan Sukan Bukan Pihak Berkuasa Atau Stadium - KJ
Pesuruhjaya Sukan hanya mempunyai kuasa bertindak ke atas persatuan sukan, bukan terhadap pengurusan stadium mahu pun pihak berkuasa, tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
http://3.bp.blogspot.com/-x32Rak1pnLU/VfpGhvm6YLI/AAAAAAAAHtY/jPIwmlYFE4c/s640/khairy-jamaluddin.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-x32Rak1pnLU/VfpGhvm6YLI/AAAAAAAAHtY/jPIwmlYFE4c/s72-c/khairy-jamaluddin.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/pesuruhjaya-sukan-hanya-boleh-gantung.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/pesuruhjaya-sukan-hanya-boleh-gantung.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy