Penganjur Bersih 4 Membisu Mengenai Akaun Sumbangan Awam

Penganjur Perhimpunan Bersih 4 berkata mereka tidak akan bercakap mengenai butiran akaun sumbangan orang ramai yang mereka terima sehingga polis mendakwa mereka di mahkamah.

KUALA LUMPUR - Penganjur Perhimpunan Bersih 4 berkata mereka tidak akan bercakap mengenai butiran akaun sumbangan orang ramai yang mereka terima sehingga polis mendakwa mereka di mahkamah.

Pengerusi Bersih 4 Maria Chin Abdullah bagaimanapun menyatakan wang yang disumbang orang ramai berjumlah kira-kira RM2.45 juta.

"Mereka (polis) bertanya kami mengenai sumbangan itu, akaunnya, apakah kami mengiklan di media sosial dan berapa banyak telah kami belanjakan.

"Kami tidak menjawab semua soalan, kami berhak menutup mulut di bawah seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah dan kami akan menjawab semua soalan itu jika mereka mendakwa kami di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas memberikan kenyataannya kepada polis di ibu pejabat Bukit Aman di sini mengenai perhimpunan Bersih 4.

Maria antara tujuh individu yang dipanggil polis ke Bukit Aman hari ini untuk membantu siasatan mengenai perhimpunan itu hujung minggu lepas.

Turut dipanggil ialah timbalan pengerusi Bersih 4 Sarajun Huda, bendaharinya Masjaliza Hamzah, anggota jawatankuasa Farhana Halim dan Fadiah Nadwa, anggota sekretariat Mandeep Singh dan aktivis pelajar Adam Adli.

Maria berkata mereka juga ditanya polis mengenai kandungan kenyataan media mereka pada 29 Julai berkaitan perhimpunan itu.

"Kami disoal siasat di bawah tiga seksyen - Seksyen 120, 124C dan 141 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Maria berkata, penganjur tidak bertanggungjawab terhadap insiden beberapa peserta Bersih 4 memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Maria berkata memijak gambar tidak termasuk dalam program Bersih 4 dan mereka menentang tindakan seumpama itu dan tidak menyokong orang yang terlibat dalam insiden itu, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Penganjur Bersih 4 Membisu Mengenai Akaun Sumbangan Awam
Penganjur Bersih 4 Membisu Mengenai Akaun Sumbangan Awam
Penganjur Perhimpunan Bersih 4 berkata mereka tidak akan bercakap mengenai butiran akaun sumbangan orang ramai yang mereka terima sehingga polis mendakwa mereka di mahkamah.
http://3.bp.blogspot.com/-2ojt71LhJII/Veeb9vgoSJI/AAAAAAAACQA/TyzwOZbRF94/s320/Maria_Chin_Abdullah.JPG
http://3.bp.blogspot.com/-2ojt71LhJII/Veeb9vgoSJI/AAAAAAAACQA/TyzwOZbRF94/s72-c/Maria_Chin_Abdullah.JPG
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/penganjur-bersih-4-membisu-mengenai.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/penganjur-bersih-4-membisu-mengenai.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy