Penerbangan Terjejas Akibat Jerebu

Lima penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam turut terjejas ekoran jerebu antara 1 Sept hingga semalam, kata Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek Negeri, Datuk Lim Ban Hong.

Melaka - Lima penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam turut terjejas ekoran jerebu antara 1 Sept hingga semalam, kata Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek Negeri, Datuk Lim Ban Hong.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, tiga penerbangan melibatkan laluan Melaka-Pekan Baru, Indonesia yang terpaksa dibatalkan manakala satu penerbangan bagi laluan sama terpaksa berpatah balik.

Katanya satu lagi penerbangan dari Pulau Pinang terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Senai, Johor Bahru.

"Pembatalan penerbangan, lencongan dan berpatah balik dibuat bagi menjaga keselamatan pesawat, penumpang dan anak kapal akibat jarak penglihatan untuk mendarat yang terhad," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, sehingga semalam jarak penglihatan di LTAM adalah sekitar 700 hingga 1,000 meter antara pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari.  

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai setakat pukul 9 pagi tadi kekal pada tahap tidak sihat iaitu masing-masing 153 dan 165.

Ban Hong berkata, penerbangan di LTAM hanya akan dihentikan sepenuhnya sekiranya jarak penglihatan di kawasan lapangan terbang kurang daripada 600 meter iaitu pada tahap kritikal.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengoperasian penerbangan di LTAM turut bergantung pada keputusan syarikat penerbangan dan juga juruterbang.

Mengulas lanjut, katanya penumpang yang menaiki pesawat di LTAM terutama pelancong didapati berkurangan ekoran jerebu.

"Tetapi kita jangkakan penumpang akan kembali menggunakan LTAM apabila keadaan jerebu turut pulih," katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Penerbangan Terjejas Akibat Jerebu
Penerbangan Terjejas Akibat Jerebu
Lima penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam turut terjejas ekoran jerebu antara 1 Sept hingga semalam, kata Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek Negeri, Datuk Lim Ban Hong.
http://1.bp.blogspot.com/-nu2iTTLIe0Y/VffSQ5kAK6I/AAAAAAAAHro/leAOSpJpyyo/s320/jerebu%2B2.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-nu2iTTLIe0Y/VffSQ5kAK6I/AAAAAAAAHro/leAOSpJpyyo/s72-c/jerebu%2B2.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/penerbangan-terjejas-akibat-jerebu.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/penerbangan-terjejas-akibat-jerebu.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy