Pemecatan Muhyiddin dan Shafie Hanya Khabar Angin - Hishammuddin

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dakwaan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan bersidang pada 9 Sept ini akan memecat atau menggantung keanggotaan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hanyalah suatu khabar angin.

BATU PAHAT - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dakwaan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan bersidang pada 9 Sept ini akan memecat atau menggantung keanggotaan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hanyalah suatu khabar angin.

"Ini khabar angin kalau tidak saya sebagai naib presiden akan tahu jika ia merupakan aganda tetap," kata beliau selepas menghadiri majlis bersama kepimpinan negara pada Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini hari ini.

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika mengulas mengenai khabar angin bahawa MT akan mengambil tindakan memecat atau menggantung keanggotaan Muhyiddin dan Mohd Shafie pada mesyuarat Rabu depan. 

Beliau juga tidak pasti sama ada kedudukan Muhyiddin dan Mohd Shafie akan dibincangkan sebagai salah satu agenda dalam mesyuarat itu.

"Tidak semestinya perkara ini berbangkit pun. Ini perkara-perkara yang dihebohkan di sosial media dan sebagainya. Macam mana mereka (media sosial) nak tahu apa nak dibincangkan dalam MT. Saya sebagai ahli MT pun tidak tahu.

Tidak mungkin kita nak layan benda-benda (khabar angin) macam ni, mungkin tidak berlaku pun," katanya.

Beliau berkata masih ada banyak perkara yang lebih penting untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu terutama yang berkaitan dengan kepentingan negara.

"Saya nak wujudkan satu kesedaran bahawa kita tiada masa untuk berpecah sesama kita kerana agenda lebih besar adalah melihat kepada ekonomi negara.

"(Kita) hendak lihat kepada kestabilan, keselamatan dan pertahanan negara," kata Menteri Pertahanan itu.
Beliau turut berkata bagi menangani kesemua perkara itu, kesemua anggota UMNO perlu bersatu dalam satu pasukan, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Pemecatan Muhyiddin dan Shafie Hanya Khabar Angin - Hishammuddin
Pemecatan Muhyiddin dan Shafie Hanya Khabar Angin - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dakwaan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan bersidang pada 9 Sept ini akan memecat atau menggantung keanggotaan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hanyalah suatu khabar angin.
http://3.bp.blogspot.com/-a6k8WSSPiwE/VehTZl3QAEI/AAAAAAAACRs/hlsotD9Hl7w/s320/hishammuddin.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-a6k8WSSPiwE/VehTZl3QAEI/AAAAAAAACRs/hlsotD9Hl7w/s72-c/hishammuddin.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/pemecatan-muhyiddin-dan-shafie-hanya.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/pemecatan-muhyiddin-dan-shafie-hanya.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy