Pecat Dollah Salleh, TMJ Sedia Bagi Bajet Dapatkan Jurulatih Luar

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera menamatkan perkhidmatan jurulatih kebangsaan Dolah Salleh dan mendapatkan khidmat jurulatih luar berkualiti.

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera menamatkan perkhidmatan jurulatih kebangsaan Dolah Salleh dan mendapatkan khidmat jurulatih luar berkualiti.

Tunku Ismail yang juga merupakan Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) turut menyatakan kesediaan untuk memberikan bajet  bagi membiayai jurulatih asing berkualiti.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook rasmi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Johor Southern Tigers, hari ini, Tunku Ismail berharap apa yang diluahkannya kepada FAM itu akan disampaikan kepada Presiden badan induk berkenaan, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

"Cukup-cukuplah kita berperangai bodoh sombong. Pecat Dollah secepat mungkin dan cuba memperbaiki apa yang kita mampu sebelum imej bola sepak tanah air semakin hancur. Cuma saya menggesa syaratnya adalah untuk memberikan semua pasukan yang bertanding dalam negara hak penyiaran yang sepatutnya mereka terima iaitu sebanyak 70 peratus hingga 80 peratus," kata Tunku Ismail.

Jelas Tunku Ismail, khidmat jurulatih luar yang baik juga amat penting dan memberikan contoh perbezaan pemain-pemain JDT ketika beraksi bersama kelab dan kebangsaan.

"Pablo Aimar pernah mengajar saya, tiada maknanya memiliki sebuah kereta Ferrari sekiranya pemandunya hanya tahu memandu sebuah van. Jadi untuk memiliki sebuah pasukan yang baik, 50 peratus adalah kejurulatihan dan 50 peratus adalah pemain," katanya.

Tunku Ismail turut meminta mana-mana ahli jawatankuasa FAM yang tidak berfungsi untuk bercuti panjang.

"Jikalau kepala tak betul, ekor pun tak betul. Oh satu lagi, saya akan teruskan misi saya untuk membunuh bola sepak tanah air, Bagi mereka yang mengatakan saya telah pun mencapai misi saya apabila kita tewas 10-0, ianya masih jauh lagi kerana saya hanya akan berhenti apabila kita kehilangan 50-0," kata Tunku Ismail.

Ini merupakan kenyataan kedua berturut-turut dikeluarkan oleh Tunku Ismail menerusi Facebook JDT, selang beberapa jam susulan kekalahan mengaibkan 10-0 Malaysia di tangan UAE.

Dalam kenyataan awalnya, Tunku Ismail berkata, skuad Harimau Malaya sudah terlambat untuk memperbaiki kedudukannya di ranking dunia selepas kekalahan itu, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Pecat Dollah Salleh, TMJ Sedia Bagi Bajet Dapatkan Jurulatih Luar
Pecat Dollah Salleh, TMJ Sedia Bagi Bajet Dapatkan Jurulatih Luar
Tunku Ismail Sultan Ibrahim menuntut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) segera menamatkan perkhidmatan jurulatih kebangsaan Dolah Salleh dan mendapatkan khidmat jurulatih luar berkualiti.
http://4.bp.blogspot.com/-sgtpAXQs960/VelCxjYNKzI/AAAAAAAACTY/4wPAyhqhM44/s320/tmj.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-sgtpAXQs960/VelCxjYNKzI/AAAAAAAACTY/4wPAyhqhM44/s72-c/tmj.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/pecat-dollah-salleh-tmj-sedia-bagi.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/pecat-dollah-salleh-tmj-sedia-bagi.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy