Orang Melayu Tidak Berdiam Diri Apabila Dicabar - Zahid Hamidi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu tidak akan berdiam diri sebaliknya bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka apabila dicabar.

Apabila maruah kita (orang Melayu) dicabar, adakah kita mahu terus ditolak ke dinding dan kita berdiam diri. Jangan harap itu berlaku, kita akan bangkit menjaga maruah dan sahsiah kita. - Gambar Fail
SINTOK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu tidak akan berdiam diri sebaliknya bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka apabila dicabar.

"...apabila maruah kita (orang Melayu) dicabar, adakah kita mahu terus ditolak ke dinding dan kita berdiam diri. Jangan harap itu berlaku, kita akan bangkit menjaga maruah dan sahsiah kita," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Keselamatan dan Pengurusan Sempadan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini.

Turut hadir Naib Canselor UUM Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata demikian semasa merujuk kepada Himpunan Rakyat Bersatu anjuran Persatuan Seni Silat Kebangsaan (Pesaka) dan disertai anggota-anggota 250 badan bukan kerajaan (NGO) lain di Padang Merbok, Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya walaupun polis menyatakan perhimpunan itu disertai kira-kira 35,000 orang, tetapi beliau berpendapat jumlahnya jauh lebih besar hingga mencecah 150,000 orang.
  
Dalam pada itu, beliau mengingatkan pihak yang telah menganjurkan perhimpunan sebanyak empat kali sebelum ini supaya tidak menganggap mereka mendapat sokongan majoriti sehingga menafikan golongan majoriti yang senyap. 

 "Apa-apa sahaja yang berlaku, akan ada tindak balasnya," kata beliau.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kementerian dan  Polis DiRaja Malaysia akan terus memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.
  
"Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mahu merobek keselamatan dan ketenteraman awam serta negara," katanya sambil meminta semua pihak di negara ini supaya menghormati antara satu sama lain.

Terdahulu, Mohamed Mustafa berkata Ghazali Shafie Graduate School of Government di UUM berhasrat menyumbang kepakaran membantu negara dalam isu membabitkan keselamatan dan pengurusan sempadan negara.

Beliau berkata isu-isu besar seperti penyeludupan dan pemerdagangan manusia serta pendatang asing tanpa izin, jika tidak dibendung, boleh menjejaskan keselamatan negara.

Sehubungan itu, katanya UUM menawarkan khidmatnya menjadi pusat sumber dan rujukan kepada kerajaan dalam hal ehwal sempadan berikutan lokasinya yang berdekatan dengan sempadan negara, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Orang Melayu Tidak Berdiam Diri Apabila Dicabar - Zahid Hamidi
Orang Melayu Tidak Berdiam Diri Apabila Dicabar - Zahid Hamidi
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu tidak akan berdiam diri sebaliknya bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka apabila dicabar.
http://2.bp.blogspot.com/-hcRZ6Lx3n5A/VfrWD6WG9dI/AAAAAAAACds/NaZQJigH65o/s640/zahid.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-hcRZ6Lx3n5A/VfrWD6WG9dI/AAAAAAAACds/NaZQJigH65o/s72-c/zahid.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/orang-melayu-tidak-berdiam-diri-apabila.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/orang-melayu-tidak-berdiam-diri-apabila.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy