Morais Tidak Terlibat Dalam Siasatan 1MDB - Peguam Negara

Jabatan Peguam Negara menafikan penglibatan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais dalam mana-mana siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara menafikan penglibatan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais dalam mana-mana siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam satu kenyataan hari ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjelaskan bahawa kes-kes semasa Morais yang beliau kendalikan sekarang adalah kes-kes yang dibawanya bagi tujuan kesinambungan pendakwaan.

"Sementara siasatan polis berterusan, Jabatan Peguam Negara berharap tiada spekulasi dibuat berhubung kehilangannya," kata Apandi.

Kenyataan yang dibuat merujuk kepada pelbagai laporan mengenai kehilangan Morais.



Apandi juga menyatakan bahawa Morais dipindahkan semula ke Jabatan Peguam Negara daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa dari 15 Julai 2014 di mana beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Perbicaraan dan Rayuan Bahagian Jabatan Peguam Negara.

Katanya lagi, rakan-rakan sekerja Morais turut berkongsi kebimbangan keluarganya berhubung kehilangan beliau.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas, meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dikatakan memandu Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Pada Ahad, sebuah kereta dijumpai terbakar di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak, dipercayai mirip dengan model kereta yang digunakan oleh pegawai itu.

Bagaimanapun, polis tidak mengesah atau menafikan bahawa kenderaan yang dijumpai itu milik Morais, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Morais Tidak Terlibat Dalam Siasatan 1MDB - Peguam Negara
Morais Tidak Terlibat Dalam Siasatan 1MDB - Peguam Negara
Jabatan Peguam Negara menafikan penglibatan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais dalam mana-mana siasatan berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
http://1.bp.blogspot.com/-gs7Za_BOqlc/Ve0XEdelTPI/AAAAAAAACT8/ztyila4zcWk/s320/apandi.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-gs7Za_BOqlc/Ve0XEdelTPI/AAAAAAAACT8/ztyila4zcWk/s72-c/apandi.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/morais-tidak-terlibat-dalam-siasatan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/morais-tidak-terlibat-dalam-siasatan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy