Maut Selepas Hantar Tempahan

Seorang penjual sayur sempat menyelesaikan tugasnya menghantar barangan dipesan pelanggan sebelum dia maut terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kedai.

Limbongan - Seorang penjual sayur sempat menyelesaikan tugasnya menghantar barangan dipesan pelanggan sebelum dia maut terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kedai.

Motosikal ditunggangi mangsa, Choo Kee Chong, 66, dilanggar dari belakang oleh sebuah kenderaan di Jalan Limbongan, di sini, semalam menyebabkan dia terjatuh daripada motosikalnya.

Dalam kejadian kira-kira 9.25 petang itu, mangsa dari Taman Bukit Serindit dikatakan baru beberapa minit menghantar sayur-sayuran yang ditempah pelanggannya di sebuah restoran di Limbongan.

Menurut menantunya yang ingin dikenali sebagai Lim, 50, memang menjadi rutin sejak hampir 30 tahun lalu, bapa mertuanya akan menghantar sayur-sayuran yang ditempah pelanggan dengan menggunakan motosikal.

“Kami sudah nasihat dia supaya berehat kerana sudah berusia tetapi kerana sayangkan perniagaannya, dia teruskan juga. Saya hanya tahu dia kemalangan pada jam 9.30 pagi selepas menerima satu panggilan daripada individu tak dikenali.

“Bagi saya dia seorang yang baik dan sering datang ke kedai saya selepas habis kerja untuk duduk bersembang tetapi hari ini dia telah pergi selamanya, saya benar-benar tidak sangka,” katanya sewaktu ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka, di sini, semalam.

Sementara itu, sumber polis berkata,  kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa menunggang motosikal dilanggar dari belakang di lorong kanan oleh sebuah kenderaan dipandu seorang remaja lelaki berusia 18 tahun.

“Akibat kemalangan itu, mangsa terjatuh dari motosikal dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Kominsioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kes disiasat di Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Maut Selepas Hantar Tempahan
Maut Selepas Hantar Tempahan
Seorang penjual sayur sempat menyelesaikan tugasnya menghantar barangan dipesan pelanggan sebelum dia maut terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke kedai.
http://2.bp.blogspot.com/-FmDMEHNcDVk/VfPEQ0bipxI/AAAAAAAAHqk/VtclRb26vIo/s320/limbongan.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-FmDMEHNcDVk/VfPEQ0bipxI/AAAAAAAAHqk/VtclRb26vIo/s72-c/limbongan.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/maut-selepas-hantar-tempahan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/maut-selepas-hantar-tempahan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy