MAB Fokus Keuntungan Operasi

Malaysia Airlines boleh kembali untung dalam tempoh singkat selepas melakukan pemotongan kos besar melalui pengecilan saiz pekerja, dan kapasitinya.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines boleh kembali untung dalam tempoh singkat selepas melakukan pemotongan kos besar melalui pengecilan saiz pekerja, dan kapasitinya.

Menurut Penganalisis Penerbangan Endau Analytics Shukor Yusof, fokus utama tidak hanya terhenti kepada meraih untung sebaliknya pelan pengembangan selepas dua ke tiga tahun beroperasi di bawah syarikat baru.

Tambahnya cabaran utama Malaysia Airlines kini adalah mengembalikan keyakinan penumpang antarabangsa yang terjejas akibat tragedi berganda.

"Menjadi relevan semula sebagai syarikat penerbangan dan menarik penumpang antarabangsa. Saya rasa penumpang tempatan masih setia bersama Malaysia Airlines.

"Kita hanya sebuah negara dengan populasi 30 juta, ia kecil berbanding negara lain. Jika kita mahu penerbangan kebangsaan berjaya, kita perlu masyarakat antarabangsa menggunakan Malaysia Airlines," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya perubahan drastik termasuk strategi adalah kunci kejayaan utama selain perubahan kosmetik dan wajah penerbangan.

Ujarnya keuntungan daripada operasi harus menjadi tumpuan berbanding keuntungan daripada potongan kos.

Tambahnya penting untuk Malaysia Airlines berkembang terutama ke laluan Eropah bagi menjadikan ia syarikat penerbangan yang relevan di persada antarabangsa.

Strategi Malaysia Airlines juga katanya tidak seharusnya fokus kepada penerbangan tambang murah kerana ia bukan DNA syarikat, malah persaingan tambang murah lebih sengit dan sukar untuk bersaing, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: MAB Fokus Keuntungan Operasi
MAB Fokus Keuntungan Operasi
Malaysia Airlines boleh kembali untung dalam tempoh singkat selepas melakukan pemotongan kos besar melalui pengecilan saiz pekerja, dan kapasitinya.
http://3.bp.blogspot.com/-pF_VmYKBY5U/Vebjegn0skI/AAAAAAAACPk/iLmSbSG-44o/s320/mab.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-pF_VmYKBY5U/Vebjegn0skI/AAAAAAAACPk/iLmSbSG-44o/s72-c/mab.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/mab-fokus-keuntungan-operasi.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/mab-fokus-keuntungan-operasi.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy