Lin Dan Sekat Hajat Chong Wei

Badi kekalahan kepada juara Olimpik, Lin Dan dari China terus menghantui jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang tumpas buat kali ke-25 kepada lawan itu, pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Badi kekalahan kepada juara Olimpik, Lin Dan dari China terus menghantui jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang tumpas buat kali ke-25 kepada lawan itu, pada Khamis.

Lin Dan, bekas juara dunia lima kali, hanya mengambil masa 46 minit untuk mengatasi Chong Wei menerusi kemenangan 21-17, 21-10 di pusingan kedua Kejohanan Siri Super Terbuka Jepun di Gimnasium Tokyo Metropolitan.

Untuk rekod, ini adalah pertemuan ke-34 antara kedua-dua pemain sejak 2004 dengan Chong Wei hanya menang sembilan kali.

Kekalahan ini pasti sesuatu yang membimbang buat Chong Wei kerana ia adalah kejohanan Siri Super pertama untuknya musim ini selepas menjuarai Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada, pada Jun lepas, sekembalinya daripada penggantungan lapan bulan akibat kesalahan doping.

Lin Dan kini dijadualkan bertemu rakan senegaranya, Tian Houwei pada saingan suku akhir, esok.

Sebelum itu, Houwei mara selepas mencipta kejutan dengan menundukkan juara dunia yang juga pilihan utama, Chen Long dari China 21-16, 21-17.

Nasib Chong Wei turut dialami beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying yang kalah 15-21, 18-21 kepada juara dunia, Zhang Nan/Zhao Yunlei dari China.

Kem badminton negara bagaimanapun boleh menarik nafas lega selepas beregu lelaki utama, Goh V Shem/Tan Wee Kiong mara ke suku akhir.

Goh/Tan bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan gandingan Denmark, Kim Astrup/Anders Skaarup Rasmussen 15-21, 22-20, 21-16 dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung selama 63 minit.
Mereka kini akan berdepan pasangan Indonesia, Angga Pratama/Ricky Karanda Suwardi yang layak selepas menjinakan beregu Denmark, Mads Conrad Petersen/Mads Pieler Kolding 21-18, 21-15. 

Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara perseorangan dan beregu wanita pada kejohanan bertaraf Siri Super itu yang menawarkan wang tunai keseluruhan berjumlah AS$275,000, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Lin Dan Sekat Hajat Chong Wei
Lin Dan Sekat Hajat Chong Wei
Badi kekalahan kepada juara Olimpik, Lin Dan dari China terus menghantui jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang tumpas buat kali ke-25 kepada lawan itu, pada Khamis.
http://1.bp.blogspot.com/-EmV0wcRZnNI/VfI60uGoZSI/AAAAAAAACZw/PxxVN27OwHI/s320/lin%2Bdan.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-EmV0wcRZnNI/VfI60uGoZSI/AAAAAAAACZw/PxxVN27OwHI/s72-c/lin%2Bdan.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/lin-dan-sekat-hajat-chong-wei.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/lin-dan-sekat-hajat-chong-wei.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy