Lim Guan Eng Diminta Hentikan Fitnah

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta supaya menghentikan fitnah yang dilemparkan kepada Pas terutama melibatkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

KOTA BHARU - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta supaya menghentikan fitnah yang dilemparkan kepada Pas terutama melibatkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Guan Eng disifatkan sebagai tidak pernah jemu menjatuhkan imej Pas, sekalipun terpaksa mereka-reka cerita yang sama sekali tidak wujud.


“Dakwaan bahawa Pas berkemungkinan akan hantar ahli pada perhimpunan anti-Bersih, 16 September ini telah dinafikan oleh kenyataan beberapa pimpinan utama Pas, antaranya Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasruddin Hassan,” katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng yang meminta penjelasan daripada PKR selepas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menegaskan pendirian mereka bahawa Pas sepatutnya berada dalam gabungan pembangkang baharu.

Selain itu, Guan Eng melalui sebuah portal online dilaporkan sebagai berkata, kemungkinan ahli Pas menyertai perhimpunan anti-Bersih, 16 September ini.

Ahmad Fadhli berkata, sebagai contohnya, di dalam isu 1MDB, Pas beberapa kali telah menyatakan pendirian bahawa isu itu adalah isu rakyat dan wajib ditangani pihak berkuasa dengan sebaik mungkin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Pas negeri berkata, Pas sama sekali tidak pernah bersekongkol dengan sebarang penyelewengan yang dilakukan dan ia jelas terbukti melalui kenyataan media yang berterusan disiarkan melalui lidah rasmi Pas, sama ada melalui maya mahupun di media cetak.

“Kenapa Guan Eng mahu menyembunyikan fakta bahawa DAP yang sentiasa melontarkan cadangan bekerjasama dengan BN bagi mewujudkan kerajaan campuran? Naif sungguh seorang ketua menteri jika memperbodohkan rakyat dengan kenyataan provokasi seperti ini.

“Di dalam soal Pakatan Rakyat 2.0, Pas pastinya akan buat keputusan terbaik dan ia tidak perlu bergantung kepada seorang individu seperti beliau (Guan Eng),” katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Lim Guan Eng Diminta Hentikan Fitnah
Lim Guan Eng Diminta Hentikan Fitnah
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta supaya menghentikan fitnah yang dilemparkan kepada Pas terutama melibatkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
http://3.bp.blogspot.com/-6-xvwvwP5v0/VfbMDtY50zI/AAAAAAAACbg/RNmdmAz2Yrw/s320/fadlishari.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-6-xvwvwP5v0/VfbMDtY50zI/AAAAAAAACbg/RNmdmAz2Yrw/s72-c/fadlishari.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/lim-guan-eng-diminta-hentikan-fitnah.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/lim-guan-eng-diminta-hentikan-fitnah.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy