Kualiti Udara Di Melaka Bertambah Baik

Keadaan berjerebu di Melaka semakin bertambah baik apabila kualiti udara di dua lokasi di negeri mencatatkan kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ‘sederhana’ berbanding ‘tidak sihat’ kelmarin.

IPU di Melaka semakin baik dan kelihatan segala rutin harian di sini berjalan seperti biasa. - Gambar Fail

Bandaraya Melaka - Keadaan berjerebu di Melaka semakin bertambah baik apabila kualiti udara di dua lokasi di negeri mencatatkan kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ‘sederhana’ berbanding ‘tidak sihat’ kelmarin.

Sehingga jam 4 petang semalam, Bandaraya Melaka mencatatkan paras bacaan IPU 76 manakala bacaan untuk Bukit Rambai tidak diperoleh.

Bagaimanapun, bacaan terakhir untuk Bukit Rambai pada jam 9 pagi semalam menunjukkan kadar IPU 87.

Hujan berpanjangan yang turun sejak pagi kelmarin di beberapa kawasan di negeri ini dipercayai mempengaruhi penurunan paras IPU di kedua-dua lokasi berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Alam Sekitar menasihatkan orang ramai supaya terus mengamalkan langkah berjaga-jaga, termasuk tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka, walaupun keadaan berjerebu semalam didapati semakin bertambah baik.

Ini kerana, katanya, banyak titik panas masih dikesan di negara jiran yang dikhuatiri akan sekali lagi memburukkan keadaan jerebu sekiranya angin berubah arah.

“Langkah berjaga-jaga ini perlu diteruskan kerana walaupun keadaan tidak seteruk sebelum ini, ia berkemungkinan boleh berulang,” katanya.

Bagi Negeri Sembilan pula, keadaan jerebu di negeri ini juga kian pulih apabila IPU mencatatkan penurunan ketara iaitu bawah 100 sejak kelmarin.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri, Ruslan Mohammad berkata, hujan lebat sejak tiga hari lalu membantu membantu mengurangkan jerebu.

"Kita memang bergantung dengan hujan bagi mengurangkan asap jerebu, memandangkan kebakaran masih lagi berlaku di negara jiran.

"Bagaimanapun, kita masih lagi memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pembakaran terbuka dilakukan, walau pun jerebu semakin berkurangan," katanya. - Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kualiti Udara Di Melaka Bertambah Baik
Kualiti Udara Di Melaka Bertambah Baik
Keadaan berjerebu di Melaka semakin bertambah baik apabila kualiti udara di dua lokasi di negeri mencatatkan kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) ‘sederhana’ berbanding ‘tidak sihat’ kelmarin.
http://1.bp.blogspot.com/-kCAzAWAXTb8/VfzyM-jFTpI/AAAAAAAAHu4/d-0_64kCdsM/s640/melaka.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-kCAzAWAXTb8/VfzyM-jFTpI/AAAAAAAAHu4/d-0_64kCdsM/s72-c/melaka.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/kualiti-udara-di-melaka-bertambah-baik.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/kualiti-udara-di-melaka-bertambah-baik.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy