Kes Bunuh Morais - Seorang Lagi Suspek Ditahan

Seorang lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, ditahan semalam.

Mayat Kevin Morais ditemui hasil siasatan keatas eorang yang suspek yang ditahan polis. Gambar Fail 
SHAH ALAM - Seorang lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, penganggur berusia 22 tahun itu di tangkap di Kulim, Kedah kira-kira jam lima petang.

“Suspek direman tujuh hari bermula semalam. Dengan tangkapan terbaru ini menjadikan lima orang suspek telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit,” katanya semalam.

Kelmarin, empat suspek lelaki berusia 22 tahun sehingga 52 tahun, dua wanita dan seorang kanak-kanak ditahan selepas 13 hari siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita dan kanak-kanak lelaki berkenaan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut dan telah dibebaskan.

Dalam perkembangan itu, polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Duta Mas, Kuala Lumpur jam 7.51 pagi pada 4 September lalu.  

Kemalangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan penculikan mendiang Kevin Morais.

“Kita minta pemandu atau penumpang Toyota Estima putih yang berhenti melihat kejadian (berdasarkan rakaman video) tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi mana-mana balai polis atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” katanya, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kes Bunuh Morais - Seorang Lagi Suspek Ditahan
Kes Bunuh Morais - Seorang Lagi Suspek Ditahan
Seorang lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, ditahan semalam.
http://2.bp.blogspot.com/-eldPOyx3cII/VfklOePpZBI/AAAAAAAACcI/gOZlWGEYkhU/s640/morais.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-eldPOyx3cII/VfklOePpZBI/AAAAAAAACcI/gOZlWGEYkhU/s72-c/morais.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/kes-bunuh-morais-seorang-lagi-suspek.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/kes-bunuh-morais-seorang-lagi-suspek.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy