Kerajaan Tubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara - Shahidan

Kerajaan menubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) bagi menyelaras dan mengurus bantuan bencana dalam negara dengan lebih teratur dan efektif.

KUALA LUMPUR - Kerajaan menubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) bagi menyelaras dan mengurus bantuan bencana dalam negara dengan lebih teratur dan efektif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata APBN yang merupakan sebuah agensi baharu di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan mengambil alih tugas dan peranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam penyelarasan serta pengurusan bencana.



Katanya, MKN kini akan memberi tumpuan dalam menjaga keselamatan negara.

"Arahan 20 MKN (arahan yang menggariskan mekanisme pengurusan dan bantuan sebelum, semasa dan selepas kejadian bencana) tidak berubah," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, APBN akan mengadakan mesyuarat pertamanya 8 September ini untuk membuat persediaan menghadapi banjir pada musim tengkujuh akan datang.

"Dengan penubuhan APBN, kita juga akan menambah keanggotaan dan aset seperti trak 8-tan dan bot penyelamat di peringkat negeri mengikut keperluan bagi memantapkan pengurusan bencana," katanya.

Shahidan berkata, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) akan dipindahkan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke ABPN.

Agensi-agensi lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan bencana seperti Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), polis, bomba, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) akan terus terlibat dalam rangkaian APBN itu," katanya.

Selain itu, Shahidan berkata APBN akan menggunakan aset udara seperti helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kerajaan Tubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara - Shahidan
Kerajaan Tubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara - Shahidan
Kerajaan menubuhkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) bagi menyelaras dan mengurus bantuan bencana dalam negara dengan lebih teratur dan efektif.
http://1.bp.blogspot.com/-_S3me-8_oCA/VeejgG--p6I/AAAAAAAACQk/5DlD1eh9uuA/s320/shahidan%2Bkassim.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-_S3me-8_oCA/VeejgG--p6I/AAAAAAAACQk/5DlD1eh9uuA/s72-c/shahidan%2Bkassim.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/kerajaan-tubuhkan-agensi-pengurusan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/kerajaan-tubuhkan-agensi-pengurusan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy