Kelembapan Ringgit Dimanfaatkan Lebih Ramai Warga Asing Untuk Beli Hartanah

Lebih banyak warga asing dijangka memanfaatkan kelembapan ringgit untuk melabur dalam hartanah di Malaysia dengan tumpuan utama mereka di ibu negara, kata Armani Sdn Bhd.

KUALA LUMPUR: Lebih banyak warga asing dijangka memanfaatkan kelembapan ringgit untuk melabur dalam hartanah di Malaysia dengan tumpuan utama mereka di ibu negara, kata Armani Sdn Bhd.

Menurut Chua Kee Kian, Pengarah Urusan syarikat media dan pengurusan acara yang memfokuskan kepada industri hartanah itu, lazimnya warga asing membeli hartanah untuk jangka panjang dan memilikinya tanpa penyewa antara lima dan 10 tahun.

Katanya antara kawasan yang menjadi tumpuan pembeli asing ialah pusat bandar Kuala Lumpur dan Mont Kiara.

"Kami menyaksikan lebih banyak pemaju asing, terutama dari China, datang ke Malaysia bersama-sama pangkalan data pembeli mereka, untuk membeli hartanah di sini," katanya kepada pemberita, Khamis.

Beliau ditemui pada pelancaran buku mewah 'Property Insight: A Guide to Best Property Investment Opportunities 2015/2016' oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

Chua berkata bagaimanapun pelaburan oleh warga tempatan menyusut antara 10 dan 15 peratus dalam tempoh dua bulan lepas disebabkan kelembapan iklim ekonomi tempatan dan global.

Pelabur tempatan sebaliknya lebih berminat terhadap pelaburan hartanah di seberang laut seperti Australia, katanya.

Chua berkata pelaburan dalam hartanah seharusnya untuk jangka sederhana dan jangka panjang bagi mengharungi ketidaktentuan pasaran.
"Pelaburan hartanah adalah tentang keyakinan pasaran. Kami jangka ketidaktentuan dalam tempoh enam bulan akan datang namun ia akan stabil dan kembali pulih," katanya.

Buku mewah itu yang menampilkan 45 hartanah kediaman dan komersial serta analisis mengenai hartanah, profil dan ulasan pelabur berjaya boleh dibeli di kedai buku utama, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Kelembapan Ringgit Dimanfaatkan Lebih Ramai Warga Asing Untuk Beli Hartanah
Kelembapan Ringgit Dimanfaatkan Lebih Ramai Warga Asing Untuk Beli Hartanah
Lebih banyak warga asing dijangka memanfaatkan kelembapan ringgit untuk melabur dalam hartanah di Malaysia dengan tumpuan utama mereka di ibu negara, kata Armani Sdn Bhd.
http://4.bp.blogspot.com/-StCsxdeuyZ0/VejwBLBg2UI/AAAAAAAAHnQ/84DFje4oBMI/s320/hartanah.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-StCsxdeuyZ0/VejwBLBg2UI/AAAAAAAAHnQ/84DFje4oBMI/s72-c/hartanah.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/kelembapan-ringgit-dimanfaatkan-lebih.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/kelembapan-ringgit-dimanfaatkan-lebih.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy