‘Kapten Power’ Maut Dihimpit

Hajat seorang pembantu juruterbang untuk mencabut undi bagi memilih lot rumah yang dibelinya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 204.1 Lebuh Raya Utara - Selatan, di sini, malam kelmarin.

Alor Gajah - Hajat seorang pembantu juruterbang untuk mencabut undi bagi memilih lot rumah yang dibelinya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 204.1 Lebuh Raya Utara - Selatan, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 11.45 malam itu, motosikal jenis Kawasaki ER-6n ditunggangi Wan Mohd Syafiq Arief Zolkifli, 27, dihimpit sebuah bas ketika dia dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Simpang Renggam, Johor.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka, kira-kira 12.30 tengah malam.

Wan Mohd Syafiq yang bertugas sebagai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan berpangkat Kapten itu menetap di Puchong, Selangor dan bertolak ke Johor kira-kira jam 9.30 malam.

Ibunya, Wan Anum Wan Khalid, 52, berkata, anak kedua dari enam beradik itu sepatutnya berada di Skudai pada jam 9.30 pagi semalam bagi menguruskan rumah yang dibelinya.

“Ahad lalu, hari terakhir saya dapat bercakap dengannya di telefon. Arwah ajak teman ambil kunci rumah yang dibeli di Skudai dan saya setuju nak ikut.

“Arwah ada telefon lagi malam tadi (kelmarin) beritahu akan bergerak dari rumahnya jam 9.30 malam. Tapi masa tu anak lelaki seorang lagi yang jawab sebab saya ke masjid,” katanya.

Menurutnya, anaknya yang juga dikenali sebagai Kapten Power dalam kalangan rakan sekerja, seorang mudah bergaul dan suka membantu, selain sering berjenaka tidak kira ketika bersama keluarga atau kawan-kawannya.

“Arwah anak yang baik dan suka buat joke. Kawan-kawan dia pulak panggil Kapten Power sebab arwah serba boleh. Campak saja mana-mana, Insya-ALLAH boleh. Dia juga ahli jawatankuasa Masjid Pangkalan Udara Subang,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

Sementara itu, isteri Wan Mohd Syafiq, Nur Atika Shihnan, 27, berkata, tiada perubahan mendadak suaminya kebelakangan ini, namun mereka hanya sempat bertemu di rumah sebelum dia yang bertugas sebagai jururawat keluar bekerja di sebuah hospital swasta di Bangi.

“Abang sampai di rumah kira-kira 6.30 petang selepas dia ke Labuan Jumaat lepas. Dalam jam 9 malam saya pula keluar rumah dan kira-kira jam 1.30 pagi hanya baca mesej dari kawan suami bagitau abang kemalangan dan minta saya sabar, jangan buat apa-apa.

“Tiada perubahan dari diri dia. Cuma saya ada minta abang tolong tanggalkan gelang emas kahwin untuk dicuci di kedai. Padahal sejak kahwin pada 2013 saya tak pernah tanggalkannya,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata, kejadian dipercayai berpunca apabila sebuah bas dipandu lelaki berusia 52 tahun mengelak sebuah kereta yang tiba-tiba memasuki laluannya di sebelah kiri.

"Bas mengelak ke kanan sebelum hilang kawalan lalu terbabas hingga melanggar besi pengadang jalan.

“Dalam masa sama, motosikal mangsa yang berada di laluan kanan sekali dihimpit bas tersebut lalu terjatuh," katanya.

Menurutnya, terdapat enam penumpang dalam perjalanan ke Batu Pahat sedang tidur di dalam bas ketika kejadian, lapor Sinar Harian.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: ‘Kapten Power’ Maut Dihimpit
‘Kapten Power’ Maut Dihimpit
Hajat seorang pembantu juruterbang untuk mencabut undi bagi memilih lot rumah yang dibelinya tidak kesampaian apabila dia maut dalam kemalangan di Kilometer 204.1 Lebuh Raya Utara - Selatan, di sini, malam kelmarin.
http://2.bp.blogspot.com/-I48S9ikRGrU/VfkndF2eMhI/AAAAAAAAHsI/yViQSU3fHzw/s320/kapten%2Bpower.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-I48S9ikRGrU/VfkndF2eMhI/AAAAAAAAHsI/yViQSU3fHzw/s72-c/kapten%2Bpower.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/kapten-power-maut-dihimpit.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/kapten-power-maut-dihimpit.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy