JPN Nafi Bayaran Proses MyKad Naik Dari RM10 ke RM50

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan bahawa bayaran proses MyKad dinaikkan dari RM10 ke RM50 seperti tersebar di media sosial.

Sehingga kini tiada sebarang perubahan bayaran dikenakan ke atas permohonan MyKad. Foto - JPN
KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan bahawa bayaran proses MyKad dinaikkan dari RM10 ke RM50 seperti tersebar di media sosial.

JPN dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sesawang rasminya hari ini menyatakan maklumat yang tersebar tersebut adalah tidak benar.

"Sehingga kini tiada sebarang perubahan bayaran dikenakan ke atas permohonan MyKad," menurutnya.

Sehubungan itu, JPN mengharapkan kerjasama orang ramai untuk tidak mempercayai sumber berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

"Ingin ditegaskan bahawa sebarang penyiaran maklumat berkaitan kad pengenalan atau hal ehwal berkaitan jabatan ini hanya boleh disahkan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai yang dilantik sahaja," menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, JPN memaklumkan penukaran MyKad adalah digalakkan namun ia bukanlah diwajibkan dan MyKad sedia ada juga masih sah diguna pakai.

Selain itu pengeluaran MyKad adalah merupakan perkhidmatan yang berterusan tanpa tarikh tutup dan tanpa sebarang tambahan bayaran.

Sehubungan itu, bagi sebarang maklumat yang berkaitan dengan JPN, orang awam dinasihat untuk melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03  8880 7077 atau e-mel ke pro@jpn.gov.my, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: JPN Nafi Bayaran Proses MyKad Naik Dari RM10 ke RM50
JPN Nafi Bayaran Proses MyKad Naik Dari RM10 ke RM50
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan bahawa bayaran proses MyKad dinaikkan dari RM10 ke RM50 seperti tersebar di media sosial.
http://2.bp.blogspot.com/-6utwGZHIzrQ/VfzGTuxFUII/AAAAAAAACd4/AD5tdsEQogw/s640/jpn.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-6utwGZHIzrQ/VfzGTuxFUII/AAAAAAAACd4/AD5tdsEQogw/s72-c/jpn.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/jpn-nafi-bayaran-proses-mykad-naik-dari.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/jpn-nafi-bayaran-proses-mykad-naik-dari.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy