Identiti 12 Lagi Mangsa Bot Karam Dikenal Pasti

Identiti 12 daripada 61 mangsa yang terkorban dalam tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam pada Khamis lepas telah dikenal pasti.

HUTAN MELINTANG - Identiti 12 daripada 61 mangsa yang terkorban dalam tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam pada Khamis lepas telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata identiti kesemua mayat dikenal pasti melalui pengecaman anggota keluarga.

Beliau berkata 12 mayat yang dikenal pasti itu berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun berada di Hospital Teluk Intan.

"23 mayat telah selesai dibedah siasat dan 12 daripadanya telah dikenal pasti. Sementara itu, enam mayat yang ditempatkan di Hospital Teluk Intan masih lagi melalui proses pengenalan diri.

"Saya dimaklumkan pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Indonesia akan tiba ke Ipoh bagi membantu proses mengenal pasti identiti mangsa yang lain," katanya kepada pemberita di Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat di Jeti Hutan Melintang hari ini.

Mohd Shuhaily berkata setelah selesai proses pengenalan identiti, mayat terbabit akan menunggu proses penghantaran pulang ke Indonesia.

"Bagaimanapun, prosedur untuk penghantaran mayat-mayat itu memerlukan bantuan daripada pihak Kedutaan Indonesia," katanya.

Sabtu lepas, enam mayat dikenal pasti iaitu empat wanita dan dua lelaki melalui pengecaman anggota keluarga.

Usaha mencari dan menyelamat, yang bermula sejak Khamis lepas, membabitkan 338 anggota daripada tujuh agensi antaranya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sehingga semalam, pasukan mencari dan menyelamat menemui 61 mayat mangsa bot karam iaitu 23 wanita serta seorang kanak-kanak perempuan dan 37 lelaki.

Sebanyak 20 lagi mangsa, termasuk seorang wanita, terselamat selepas bot yang membawa kira-kira 80 penumpang itu karam di perairan Selangor pada pagi Khamis.

Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju Tanjong Balai, Indonesia.

Insiden berlaku pada kedudukan sembilan batu nautika di barat daya Tanjong Sauh, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Identiti 12 Lagi Mangsa Bot Karam Dikenal Pasti
Identiti 12 Lagi Mangsa Bot Karam Dikenal Pasti
Identiti 12 daripada 61 mangsa yang terkorban dalam tragedi bot karam di perairan Sabak Bernam pada Khamis lepas telah dikenal pasti.
http://4.bp.blogspot.com/-quTrQsmYeAQ/Ve1FKp2WE_I/AAAAAAAACUg/n0UAmgiZorg/s320/bot%2Bkaram%2527.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-quTrQsmYeAQ/Ve1FKp2WE_I/AAAAAAAACUg/n0UAmgiZorg/s72-c/bot%2Bkaram%2527.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/identiti-12-lagi-mangsa-bot-karam.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/identiti-12-lagi-mangsa-bot-karam.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy