Hajat Ke Final Tidak Kesampaian

Impian skuad Harimau Muda C ke final Kejohanan Bola Sepak AFF Bawah 19 Tahun berakhir apabila tunduk 0-5 di tangan Thailand di separuh akhir di Vientiane, Laos semalam.


Vientiane - Laos. Impian skuad Harimau Muda C ke final Kejohanan Bola Sepak AFF Bawah 19 Tahun berakhir apabila tunduk 0-5 di tangan Thailand di separuh akhir di Vientiane, Laos semalam.

Tanpa tiga tonggak pertahanan dan serangan, skuad bimbingan Hasan Sazali Mohd Waras jelas sudah pincang dan berdepan tugas berat menghadapi cabaran separuh akhir mereka.

Ketiadaan Muhammad Hafiy Haikal Ismail dan Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham di bahagian pertahanan membolehkan Thailand mudah merobek gawang Malaysia manakala jentera serangan tumpul tanpa Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew.

Skuad negara bermula garang dengan Muhamad Rizalul Azuwan Supandri menguji gawang lawan pada minit ke-20, namun berjaya diselamatkan penjaga gol Thailand, Chakhon Philakhlang sebelum percubaan Muhammad Shahrul Akmal Md Adnan digagalkan pertahanan lawan pada minit ke-29.

Tersentak dengan serangan skuad negara, Thailand bangkit merencana serangan yang membuahkan hasil pada minit ke-36 menerusi Ritthidet Phensawat yang tidak dikawal kemas pertahanan Malaysia.

Kapten Thailand, Worachit Kanitsribampen menjaringkan gol kedua pada minit ke-42 sebelum Sansern Limwatthana menewaskan penjaga gol Malaysia, Khatul Anuar Md Jalil sebelum babak pertama tamat bagi menjadikan kedudukan 3-0.

Kecuaian pertahanan Malaysia sekali lagi mengundang padah apabila Ritthidet menambah gol keempat Thailand sejurus babak kedua bermula.

Suksan Mungpao melengkapkan kemenangan untuk mengesahkan tempat Thailand di final apabila menjaringkan gol kelima pada minit ke-71.

Thailand bakal berdepan pemenang satu lagi pertemuan separuh akhir antara Vietnam atau Laos, di final nanti.

Malaysia akan turun dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat pada Jumaat ini. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Hajat Ke Final Tidak Kesampaian
Hajat Ke Final Tidak Kesampaian
Impian skuad Harimau Muda C ke final Kejohanan Bola Sepak AFF Bawah 19 Tahun berakhir apabila tunduk 0-5 di tangan Thailand di separuh akhir di Vientiane, Laos semalam.
http://3.bp.blogspot.com/-Lyl6s9wsJis/Veee0cTgvLI/AAAAAAAACQM/rcnF18RPr0M/s640/malaysia%2Bvs%2Bthailand.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-Lyl6s9wsJis/Veee0cTgvLI/AAAAAAAACQM/rcnF18RPr0M/s72-c/malaysia%2Bvs%2Bthailand.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/hajat-ke-final-tidak-kesampaian.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/hajat-ke-final-tidak-kesampaian.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy