Guatemala Lantik Presiden Baharu, Tahan Bekas Penyandang

Kongres Guatemala pada Khamis melantik presiden baharu manakala bekas penyandang jawatan itu, Otto Perez ditahan bagi mengelakkan beliau melarikan diri daripada tuduhan rasuah yang sudah lama membelenggu negara itu di rantau Amerika Tengah.

GUATEMALA CITY - Kongres Guatemala pada Khamis melantik presiden baharu manakala bekas penyandang jawatan itu, Otto Perez ditahan bagi mengelakkan beliau melarikan diri daripada tuduhan rasuah yang sudah lama membelenggu negara itu di rantau Amerika Tengah. 

Perez sebelum itu terpaksa menghabiskan berjam-jam dalam prosiding di Mahkamah Agung Guatemala, berhubung tuduhan rasuah terhadapnya, tidak lama selepas beliau mengumumkan meletak jawatan. 

Naib Presiden, Alejandro Maldonado, 79, yang hanya menjawat jawatan itu pada Mei lalu, dilantik sebagai Presiden untuk meneruskan penggal jawatan Perez hingga 14 Januari depan, apabila presiden baharu dipilih menerusi pilihan raya hujung minggu ini. 

"Warga Guatemala melalui saat yang tidak menyenangkan berikutan kemelut dalam institusi kita dan rasa kemarahan mereka terhadap sistem bernegara kita yang rosak," kata Maldonado, seorang peguam dan bekas hakim Mahkamah Perlembagaan, selepas majlis angkat sumpah sebagai Presiden. 

"Kerajaan baharu mestilah menzahirkan iltizam membela dan menyuburkan kembali keyakinan rakyat, membuka ruang dalam perkhidmatan awam untuk kalangan yang pakar dan berpengetahuan seperti profesional muda dan aktivis sosial," katanya. 

Kongres pada pagi Khamis sebulat suara menerima peletakan jawatan Perez, yang diumumkannya pada tengah malam Rabu, selepas pihak berkuasa melucutkan hak imunitinya sebagai Presiden. -AFP

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Guatemala Lantik Presiden Baharu, Tahan Bekas Penyandang
Guatemala Lantik Presiden Baharu, Tahan Bekas Penyandang
Kongres Guatemala pada Khamis melantik presiden baharu manakala bekas penyandang jawatan itu, Otto Perez ditahan bagi mengelakkan beliau melarikan diri daripada tuduhan rasuah yang sudah lama membelenggu negara itu di rantau Amerika Tengah.
http://3.bp.blogspot.com/-bZKikD3H4so/Vej1EHnGyII/AAAAAAAACSM/5HXbyhF9iGU/s320/Alejandro_Maldonado.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-bZKikD3H4so/Vej1EHnGyII/AAAAAAAACSM/5HXbyhF9iGU/s72-c/Alejandro_Maldonado.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/guatemala-lantik-presiden-baharu-tahan.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/guatemala-lantik-presiden-baharu-tahan.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy