"Gantung pihak polis dan stadium juga"

"Gantung pihak polis dan stadium juga" itulah kenyataan dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berpendapat soal keselamatan yang tercetus di Stadium Shah Alam bukan salah FAM secara keseluruhan.

PEKAN - "Gantung pihak polis dan stadium juga" itulah kenyataan dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berpendapat soal keselamatan yang tercetus di Stadium Shah Alam bukan salah FAM secara keseluruhan.

Menurut Tengku Abdullah, FAM sedia bertanggungjawab atas kekecohan di Stadium Shah Alam pada Selasa lepas, namun pada masa sama, insiden yang mencalar imej bola sepak negara itu tidak seharusnya dibebankan sepenuhnya ke bahu persatuan itu kerana ia turut melibatkan pihak lain.

Malah, Tengku Abdullah mempersoalkan tindakan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) yang ingin mengenakan hukuman penggantungan kepada persatuan itu jika gagal menjawab notis tunjuk sebab berhubung kekecohan berkenaan.

"Kita lihat ini adalah masalah keselamatan dan keganasan...bukan FAM secara keseluruhan. 

"Aspek keselamatan merupakan tanggungjawab polis dan stadium," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) di Dataran Pekan di sini, pada Ahad.

Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin.

Tengku Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bahawa FAM berdepan penggantungan jika gagal menjawab notis tunjuk sebab daripada PPS yang bertarikh 9 Sept, dalam tempoh 14 hari.
   
Notis itu dihantar berikutan tindakan penyokong negara membaling suar dan bom asap ke padang semasa aksi Malaysia menentang Arab Saudi pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan pada minit ke-88.

Pada masa sama, Tengku Abdullah berkata FAM juga bersedia mengadakan perjumpaan dengan Khairy, jika diminta berbuat demikian. 
   
"Tetapi saya tidak perlu (berjumpa) kerana sudah ada pemangku Presiden  (Datuk Seri Afandi Hamzah). Saya juga masih kekal dengan keputusan meletak jawatan (sebagai Presiden FAM)," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu, Tengku Abdullah memuji keprihatinan Perdana Menteri yang memahami kepentingan pembangunan bola sepak di negara ini dengan melancarkan liga tersebut.

"Ini menunjukkan beliau adalah pemimpin yang cukup dinamik, memahami dan amat prihatin atas hasrat dan keperluan rakyat," katanya.

Pada masa sama, Presiden FAM itu berkata bola sepak amatur perlu seiring dengan bola sepak profesional bagi mencungkil bakat baharu yang berpotensi untuk melonjakkan semula nama Malaysia dalam arena sukan itu. 

"Saya masih percaya ada anak muda dari mukim, hulu atau ceruk yang berbakat walaupun sukar untuk kita mencari bakat seperti Pele dan Lionel Messi. 
   
"Namun saya pasti ada kemungkinan pemain mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan (Datuk) Mokhtar Dahari, R. Arumugam dan (Datuk) Abdul Ghani Minhat yang merupakan antara permata dalam bola sepak negara," katanya.

Tengku Abdullah juga berharap konsep pertandingan bola sepak tajaan swasta melibatkan kerjasama antara FAM dan pihak swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti LBR dapat diperluaskan, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: "Gantung pihak polis dan stadium juga"
"Gantung pihak polis dan stadium juga"
"Gantung pihak polis dan stadium juga" itulah kenyataan dibuat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang berpendapat soal keselamatan yang tercetus di Stadium Shah Alam bukan salah FAM secara keseluruhan.
http://4.bp.blogspot.com/-aHF9iO9D2hU/VfbO5a2TQsI/AAAAAAAACbs/1CFwPUgccC0/s320/tengkuabdullah.bmp
http://4.bp.blogspot.com/-aHF9iO9D2hU/VfbO5a2TQsI/AAAAAAAACbs/1CFwPUgccC0/s72-c/tengkuabdullah.bmp
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/gantung-pihak-polis-dan-stadium-juga.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/gantung-pihak-polis-dan-stadium-juga.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy