Cuepacs Mahu Kerajaan Pertimbang Tiga Bulan Bonus

Cuepacs berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus sebanyak tiga bulan kepada penjawat awam pada pembentangan Bajet 2016 bulan depan.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus sebanyak tiga bulan kepada penjawat awam pada pembentangan Bajet 2016 bulan depan.

Setiausaha Agung Cuepacs Datuk Lok Yim Pheng berkata, permintaan berkenaan dibuat bagi membantu meringankan beban penjawat awam yang berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi pada masa ini.


"Kita bukanlah minta kerajaan bagi sekali gus bonus tiga bulan itu, beri secara berperingkat pun tidak mengapa kerana kita faham keadaan kerajaan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata permintaan bonus itu juga adalah sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang baik selama ini.

"Selain itu apabila mendapat bonus, mereka akan berbelanja dan sekali gus akan merancakkan lagi ekonomi negara," katanya.

Lok berkata, Cuepacs juga mahu kerajaan menyemak semula dan melakukan penambahbaikan 252 skim gaji dan elaun penjawat awam bagi mengurangkan bebanan mereka dalam keadaan ekonomi tidak menentu kini.

Beliau berkata perhatian sewajarnya perlu diberikan kerana ia merupakan harapan kepada 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

"Mana-mana skim perkhidmatan yang dianggap kritikal seperti pembantu tadbir dan badan beruniform, sudah lima hingga enam tahun tidak disemak, perlu diberi perhatian... kerajaan perlu beri keutamaan kepada mereka yang berpendapatan rendah," katanya.

Lok berkata antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan memberi kenaikan gred berdasarkan pengalaman dan kepakaran kakitangan yang telah berkhidmat dalam tempoh yang lama.

"Walaupun mereka hanya memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ia boleh diiktiraf berdasarkan pengalaman dan kepakaran bagi membolehkan mereka menerima kenaikan gred.

"Kerajaan juga mungkin perlu menyediakan lebih peruntukan untuk peluang latihan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kepakaran mereka," katanya. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Cuepacs Mahu Kerajaan Pertimbang Tiga Bulan Bonus
Cuepacs Mahu Kerajaan Pertimbang Tiga Bulan Bonus
Cuepacs berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus sebanyak tiga bulan kepada penjawat awam pada pembentangan Bajet 2016 bulan depan.
http://4.bp.blogspot.com/-OmkK050JB8w/VfL3Y-BBcBI/AAAAAAAACaI/wy1oEMY7C-M/s320/bajet2016site.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-OmkK050JB8w/VfL3Y-BBcBI/AAAAAAAACaI/wy1oEMY7C-M/s72-c/bajet2016site.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/cuepacs-mahu-kerajaan-pertimbang-tiga.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/cuepacs-mahu-kerajaan-pertimbang-tiga.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy