Bot Bawa 70 Penumpang Karam Di Sabak Bernam, 15 Disahkan Maut

Sekurang-kurangnya 15 mayat telah ditemui pasukan pencari dan penyelamat dalam kejadian bot karam di perairan Sabak Bernam pagi ini dengan jumlah kematian dijangka terus meningkat.

SABAK BERNAM - Sekurang-kurangnya 15 mayat  telah ditemui pasukan pencari dan penyelamat dalam kejadian bot karam di perairan Sabak Bernam pagi ini dengan jumlah kematian dijangka terus meningkat.

Ketika ini operasi menyelamat mangsa yang dipercayai masih selamat sedang giat dijalankan.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu sidang media petang tadi mengesahkan kejadian dan jumlah mayat selain berkata sehingga kini sekurang-kurangnya 15 penumpang bot terbabit telah diselamatkan.

Laksamana Pertama Maritim Daerah Klang, Mohd Aliyas Hamdan yang bercakap di Ibu Pejabat APMM Daerah Klang berkata, dari 14 mayat yang ditemui sebelum ini, 13 adalah wanita dan seorang lelaki.

Bot 'pom-pom' itu dipercayai karam di sekitar 9 batu nautika barat daya dari Tanjung Sauh.

Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju ke Tanjong Balai, Indonesia dengan membawa 70 penumpang.

Kejadian katanya bermungkinan berpunca daripada bot terlebih muatan atau cuaca.

Mayat yang ditemui dan mangsa yang terselamat yang ditemui oleh nelayan, kemudiannya dihantar ke Jeti Sungai Sumun.

"Pihak kami masih menjalankan siasatan mengenai punca sebenar kejadian ini," katanya sambil memaklumkan setakat ini empat aset milik APMM merangkumi dua kapal dan dua bot berada di lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

Kemalangan yang dilaporkan berlaku 5 pagi itu, disedari nelayan yang melalui kawasan berkenaan sekitar 10.37 pagi sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa.

Operasi pencarian dijalankan dalam radius 5 batu nautika dari lokasi bot karam.

Sementara itu Pengarah Operasi Maritim Daerah Klang, Mohd Faaiz Abu Samah berkata setakat ini, kira-kira 200 anggota dari APMM dan pihak tentera laut terlibat dalam operasi pencarian dan menyelamat, lapor Astro Awani.

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Bot Bawa 70 Penumpang Karam Di Sabak Bernam, 15 Disahkan Maut
Bot Bawa 70 Penumpang Karam Di Sabak Bernam, 15 Disahkan Maut
Sekurang-kurangnya 15 mayat telah ditemui pasukan pencari dan penyelamat dalam kejadian bot karam di perairan Sabak Bernam pagi ini dengan jumlah kematian dijangka terus meningkat.
http://1.bp.blogspot.com/-dxJHYApk5XM/VehGquAtNxI/AAAAAAAACRA/KITKm5QRbG8/s320/bot%2Bkaram.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-dxJHYApk5XM/VehGquAtNxI/AAAAAAAACRA/KITKm5QRbG8/s72-c/bot%2Bkaram.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/bot-bawa-70-penumpang-karam-di-sabak.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/bot-bawa-70-penumpang-karam-di-sabak.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy