Bersih 4.0 - Polis Guna Gambar, Video Buru Suspek

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti bukti daripada gambar dan video sewaktu perhimpunan haram Bersih 4 hujung minggu lepas bagi mengesan lebih ramai individu untuk membantu siasatan, kata Ketua Polis Negara,

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti bukti daripada gambar dan video sewaktu perhimpunan haram Bersih 4 hujung minggu lepas bagi mengesan lebih ramai individu untuk membantu siasatan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, tindakan tersebut perlu diambil bagi merakam percakapan dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan jika terbukti bersalah.

"Polis akan memanggil lebih ramai lagi yang terlibat dalam Bersih selain tujuh individu yang dipanggil ke Bukit Aman.

"Kami berjaya mengawalnya (perhimpunan). Kami akan ambil apa juga tindakan dan akan ada orang lagi akan dipanggil. Kami sekarang sedang melihat gambar dan video untuk mengesan mereka yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Teknologi Keselamatan Asia Tenggara (IFSEC Asia Tenggara) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Dilapor pada Selasa lepas, polis mengambil keterangan tujuh anggota jawatankuasa pemandu dan sekretariat Bersih iaitu pengerusi Maria Chin Abdullah, timbalan Pengerusi Sarajun Hoda Abdul Hassan, Masjaliza Hamzah, Mandeep Singh, Farhana Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan Adam Adli Abdul Halim.

Mengenai persidangan itu, Khalid berkata, sememangnya PDRM dan pihak yang terdedah dengan risiko jenayah memerlukan kecanggihan bidang teknologi ketika ini untuk meningkatkan tahap keupayaan dan kesiapsiagaan keselamatan negara.

Katanya antara teknologi tersebut adalah kamera litar tertutup yang canggih, 'sistem kenal pasti wajah' untuk menghalang mereka yang tidak dikenali memasuki mana-mana bangunan serta kamera khas untuk mengesan dengan lebih jelas nombor pendaftaran kenderaan.

Khalid berkata, teknologi tersebut juga antara dipohon pihaknya kepada kerajaan untuk dipertimbangkan dan diluluskan dalam membantu memerangi jenayah dengan lebih efisien lagi.

"PDRM sentiasa berhasrat untuk menjadi sebuah pasukan yang moden dengan kelengkapan teknologi yang maju. Menuju ke arah itu, kami memerlukan bantuan dari segi teknologi-teknologi yang baik.

"Penyalahgunaan laman sosial juga jelas terjadi pada masa kini dan jika terdapat teknologi yang boleh mengesan individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat palsu serta fitnah, ia boleh dipertimbangkan PDRM," katanya.

IFSEC yang berlangsung dari 2-4 Sept antara lain mempamerkan hampir 350 produk keselamatan dan teknologi canggih daripada pasaran antarabangsa selain penerangan cara-cara untuk bertindak serta memantau kes jenayah, pengganas, kemalangan, atau bencana alam secara efisien dan lebih berkesan. - Bernama

COMMENTS

Name

Advertorial Bisnes Business Dunia Events Featured Food Health Health Tips Homestay Informasi Interests Kerajaan Kerjaya Latest Lifestyle Melaka Menarik MH17 Money Mutakhir Muzium News Politik Relationships & Family Resepi Restoran Semasa Sukan Tempat Menarik Terkini Travel Trending
false
ltr
item
Melaka Post: Bersih 4.0 - Polis Guna Gambar, Video Buru Suspek
Bersih 4.0 - Polis Guna Gambar, Video Buru Suspek
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneliti bukti daripada gambar dan video sewaktu perhimpunan haram Bersih 4 hujung minggu lepas bagi mengesan lebih ramai individu untuk membantu siasatan, kata Ketua Polis Negara,
http://2.bp.blogspot.com/-5OiLRaxlM7w/VehQ7TBJytI/AAAAAAAACRg/i1hav7gTdNw/s320/bersih.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-5OiLRaxlM7w/VehQ7TBJytI/AAAAAAAACRg/i1hav7gTdNw/s72-c/bersih.jpg
Melaka Post
http://www.melakapost.com/2015/09/bersih-40-polis-guna-gambar-video-buru.html
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/
http://www.melakapost.com/2015/09/bersih-40-polis-guna-gambar-video-buru.html
true
1575416290602252359
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All ANDA MUNGKIN MEMINATI INI LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy